Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

AIFFA Platform Penggiat Seni Negara Ke Peringkat Antarabangsa

By 25 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan/foto : Siti Fairuz Ngatenan/Mahdini Jaini (Sarawak)

KUCHING, 25 Jan (Malaysiaaktif) – ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) 2019 edisi keempat bakal berlangsung pada 25 hingga 27 April depan di Kuching.  Demikian menurut Pengarah Festival, Livan Tajang ketika Majlis Pelancaran AIFFA 2019 di sini petang tadi.

Festival  yang bertemakan AIFFA Convergence @ Digital Sarawak diadakan bertujuan menggalakkan penghasilan filem dengan memberi inspirasi serta mengiktiraf penulis skrip, pembuat filem dan artis dari seluruh negara ASEAN. AIFFA juga merupakan sebuah platform kepada penggiat filem untuk mempromosi budaya, tradisi dan warisan negara selain mempromosi filem ke peringkat antarabangsa. 

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) semasa sidang media Pelancaran AIFFA

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) semasa sidang media Pelancaran AIFFA

Antara pengisian festival tersebut adalah “Movies Under the Stars” yang akan diadakan di Kuching Waterfront Extension bagi menyambut kira-kira 400 delegasi ASEAN termasuk media antarabangsa. Selain itu, terdapat persembahan dan tayangan filem, pameran dan jualan serta AIFFA BIZ WORLD bakal diadakan di The Old Court House yang terbuka kepada orang ramai. 

“Acara kemuncak adalah pada 27 April iaitu GALA DINNER di mana sebanyak 16 kategori filem ASEAN dipertandingkan, tambah beliau lagi. 

Di majlis sama, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah turut menjelaskan AIFFA 2019 juga merupakan salah satu pengisian program sempena Tahun Melawat Sarawak tahun ini.   

“Filem dan Pelancongan mempunyai satu peranan dan kaitan di mana melalui filem, kita dapat memperkenalkan Sarawak kepada seluruh dunia seperti mana yang berlaku di lokasi filem The Hobbit di New Zealand di mana kadar kedatangan pelancong adalah 400 orang sehari” katanya.

-ER

Tinggalkan komen anda