Skip to main content
HomeJohor

Majlis Perujian Membaca Al-Quran Peringkat Daerah Segamat Bawa Mesej kepada Penonton

By 27 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Syed Mohd Adib bin Syed Hassan (Segamat)/ Khairul Hadi (Pejabat Daerah Segamat)

SEGAMAT, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Perujian Membaca al-Quran Peringkat Daerah Segamat memberi peluang kepada kita mendengar ayat- ayat al-Quran dibaca oleh para qari dan qariah dengan penuh kesungguhan dan taranum, fasohah serta tajwid yang betul.

Kemerduan dan keenakkan alunan bacaan al-Quran adalah manifestasi keindahan dan ketertiban bahasa yang terdapat pada kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

Persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid Al-Hilal, Sekolah Rendah Agama Segamat

Persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid Al-Hilal, Sekolah Rendah Agama Segamat

“Berbagai- bagai kaedah dan gaya bahasa digunakan untuk menyerlahkan keindahan bahasa ayat-ayat suci al-Quran. Ini terbukti, sehingga kini tiada siapa yang mampu mencipta walaupun satu ayat bagi menandingi keindahan bahasa al-Quran, walaupun setelah lebih 1,400 tahun cabaran yang dikemukakan kepada mereka yang ingkar dan meragui kebenaran al- Quran”, tegas Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh pada Majlis Perasmian Penutup Majlis Perujian Tilawah Al-Quran dan Berzanji Peringkat Daerah, di sini.

Tambah beliau, penganjuran Majlis Tilawah al-Quran ini bukan sekadar untuk memperdengarkan kemerduan atau kelunakan suara para qari atau qariahnya tetapi apa yang lebih penting adalah mesej yang hendak disampaikan dan pengertiannya kepada penonton.

“Seperti tahun-tahun yang lalu, penglibatan untuk perujian al-Quran agak memberangsangkan kerana setiap Mukim telah mengambil bahagian dalam perujian ini. Ini adalah salah satu contoh terbaik yang kita harapkan.

Johan qariah berzanji peringkat daerah Segamat 2019

Johan qariah berzanji peringkat daerah Segamat 2019

Sama-samalah kita menyemarakkan aktiviti- aktiviti keagamaan yang semakin lesu penyertaannya di kalangan masyarakat kita kerana hilangnya minat dan rasa cinta kita kepada aktiviti-aktiviti yang berbentuk keagamaan dan ini menunjukkan betapa lemah dan rapuhnya iman kita sebagai seorang Islam.” Tambahnya lagi.

Johan qari Tilawah al-Quran peringkat daerah, Norjam Selamat menyatakan perasaan bersyukur beliau kerana diberi peluang sekali bagi mewakili Daerah Segamat pada tahun ini.

“Bagi saya, saingan agak sengit kerana rata-rata mereka mempunyai bacaan yang bagus dari segi tajwid dan kecantikan bacaan,” katanya.

Johan qari Tilawah Al Quran dan johan qari berzanji peringkat daerah Segamat 2019 yang telah menjadi  Johan 6 tahun berturut bermula tahun 2014 hingga tahun ini

Johan qari Tilawah Al Quran dan johan qari berzanji peringkat daerah Segamat 2019 yang telah menjadi Johan 6 tahun berturut bermula tahun 2014 hingga tahun ini

Beliau yang kini bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat juga merupakan peserta yang mendapat Johan enam tahun berturut-turut bermula tahun 2016 sehingga tahun ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenang (ADUN), Mohd Solehan Badri, Pentadbir Tanah Segamat, Zainal Eran dan YDP Majlis Perbandaran Segamat, Mohd Masni Wakiman.

EM

Tinggalkan komen anda