Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

Amalan Kerja Berprestij Tinggi Perlu Dikekalkan

By 27 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Suzilawati Kamarudin/ Mohd. Shahruddin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Perhimpunan Bersama Jabatan di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban buat kali pertama tahun 2019 telah berlangsung di Dataran Pejabat Daerah dan Tanah, Seremban 2, baru-baru ini.

Perhimpunan yang dihadiri seramai 120 orang warga kerja kompleks berkenaan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Seremban yang baharu, Mohd Nizam Tajul Arus.

Ketika ucapan Pegawai Daerah Seremban.

Ketika ucapan Pegawai Daerah Seremban.

Dalam ucapannya, beliau berharap dengan kedatangan tahun 2019, semua kakitangan akan memberikan dan meneruskan amalan kerja berprestij tinggi kepada orang ramai, jabatan dan kerajaan. Budaya kerja berprestij tinggi adalah budaya kerja yang berintegriti sejajar dengan lafaz ikrar yang dilafazkan ketika awal perhimpunan, serta melaksanakan kerja seiring dengan misi dan visi yang telah ditetapkan.

“Suka juga saya memetik ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan dalam Perhimpunan Bersama Penjawat Awam pada awal bulan lalu,  Menteri Besar kita menekankan bahawa rakyat dan orang ramai merupakan pelanggan kita dan sekali gus mereka juga adalah stakeholder yang akan menilai usaha dan kerja kita. Mereka berhak mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kita”.

“Pada tahun 2019 ini, Kerajaan Negeri komited dalam meningkatkan usaha Memperkaya Hasil, Memakmurkan Kekayaan melalui lima perkara termasuklah,yang pertama, menangani dan membanteras masalah jenayah dan gejala sosial. Kedua, menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan. Ketiga, meningkatkan hasil dan aktiviti ekonomi baru jabatan dan Agensi Pemungut Hasil. Keempat, meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama yang miskin dan miskin tegar dan kelima,  mengindahkan Negeri Sembilan melalui infrastruktur dan lansdkap.”

Di akhir ucapanya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua penjawat awam yang menerima bantuan khas sama ada dari kerajaan negeri atau persekutuan, dan berpesan untuk menggunakannya dengan sebaiknya.

“Saya menyambut baik apa yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Seremban dalam ucapannya tadi dan beriltizam untuk bekerja dengan lebih semangat pada tahun ini”, kata Rosnah Andi, kakitangan dari Unit Pembangunan Tanah.

 

-KN

 

Tinggalkan komen anda