Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Selangor Juara Tenpin Bowling MAKSAK Malaysia

By 28 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Mahmud Sulaiman (Sarawak)

KUCHING, 28 Jan (Malaysiaaktif) –  Selangor Juara keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Kelab  Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK)  Malaysia 2019 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Megalanes Bowling  Emart Batu Kawa, Kuching, Sarawak di sini semalam.

Pasukan Selangor buat kali kedua muncul Juara keseluruhan mengalahkan 18  buah Kelab MAKSAK negeri dan kelab gabungan yang lain sekaligus membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM1200.00, piala iringan serta pingat.

Mohamad Abu Bakar bergambar kenangan bersama SEMUA pasukan

Mohamad Abu Bakar bergambar kenangan bersama SEMUA pasukan

Naib Johan Pasukan Johor pula membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan serta pingat. Manakala tempat ketiga dan keempat pula disandang oleh Pasukan Sabah dan Kuala Lumpur, masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM800, piala iringan dan pingat.

Antara pasukan lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan Tenpin Bowling yang berlangsung selama 3 hari dari 24 hingga 27 Januari yang melibatkan seramai 288 orang peserta dari Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu termasuk ATM, PDRM  dan PENJARA.

Nurul Atiqah Ahmad dari Johor (dua kiri) dan Nazrin Wagiman dari Sarawak (dua kanan) dinobatkan sebagai Pemain “Perfect Game” atau High Game

Nurul Atiqah Ahmad dari Johor (dua kiri) dan Nazrin Wagiman dari Sarawak (dua kanan) dinobatkan sebagai Pemain “Perfect Game” atau High Game

Manakal Nurul Atiqah Ahmad dari Johor dan Nazrin Wagiman dari Sarawak dinobatkan sebagai Pemain “Perfect Game” atau High Game masing-masing menerima medal.

Hadiah disampaikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SET) merangkap Naib Yang DiPertua MAKSAK Sarawak, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Turut hadir ialah Pengarah Unit Pentadbiran JKM,Antonio Kahti Galis, Radin Hedly Radin Mohamad Hambali, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia.

-ER

Tinggalkan komen anda