Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Ziarah Cakna; Tingkat Pembelajaran Murid dengan Guru

By 28 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 28 Jan  (Malaysiaaktif) – Guru berperanan dalam pembinaan karakter murid secara holistic dengan nilai manusiawi yang tinggi bagi menyediakan generasi pemimpin pada masa hadapan.

Di samping itu Guru membantu mengurangkan masalah keciciran, pencapaian rendah dan masalah disiplin sekali gus mampu menghasilkan lonjakan saujana dalam keberhasilan murid, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Sulaiman Wak bertempat di SMK Tun Abang Haji Openg Kuching, pagi tadi.

RASMI : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Sulaiman Wak berucap semasa merasmikan Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan bertempat di SMK Tun Abang Haji Openg Kuching

RASMI : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Sulaiman Wak berucap semasa merasmikan Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan bertempat di SMK Tun Abang Haji Openg Kuching

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Beliau menjelaskan Program Ziarah Cakna ini memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh murid dan seharusnya dapat dijadikan amalan, teladan serta dilaksanakan mengikut kreativiti dan kesesuaian pihak sekolah secara berterusan sepanjang tahun serta menjadi budaya di sekolah dengan tidak mengira pelbagai kaum dan  latar belakang.

Beliau menjelaskan Ziarah Cakna bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid untuk menyantuni serta bertanya khabar ibu bapa/penjaga. bagi meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru berfokuskan pembangunan kemenjadian murid.

Sulaiman Wak  melawat rumah salah seorang murid yang kategori murid berisiko cicir

Sulaiman Wak melawat rumah salah seorang murid yang kategori murid berisiko cicir

KPM akan terus komited bagi memastikan semua anak Malaysia mendapat peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti menjelang tahun 2020,jelasnya.

Di samping itu, hala tuju pendidikan KPM pada era baharu ini adalah untuk memastikan kemenjadian murid berteraskan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan manusiawi.

Beliau berharap Guru dan ibubapa/pemjaga seharusnya aktif memainkan peranan penting dan perlu sentiasa menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah bagi mengoptimumkan potensi murid menguasai kemahiran abad ke-21.

Hasrat ini selaras dengan inisiatif meningkatkan ‘mutual respect’ antara guru dan ibu bapa yang terdapat dalam 12 inisiatif baharu tahun 2019 yang diperkenalkan Kemenreian Pendidikan Malaysia.

Program ini juga berhasrat supaya sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan, bertanggungjawab dan manusiawi yang berkonsepkan Guru sebagai seorang yang memiliki sifat kepedulian, bertanggungjawab dan penyayang terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya. ujarnya lagi.

Dato’Sulaiman Wak sempat melawat rumah enam orang murid yang kategori murid berisiko cicir iaitu Nurul Shafiqah Mahsen, Erna Shafiena Zaidol dan Nur Fazira Ramlie dari kampung Samariang Batu, Nur Syafiyah Bakeri dari kampung Tabuan Selipar Putus, Aneng anak Duri dari Kampung Siol Kandis dan Nur Cahaya Amat dari kampung Bintawa Hilir.

-ER

Tinggalkan komen anda