Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Pahang Terima Tengku Ampuan Kelima dan Pemangku Raja

By 30 Januari 2019Jun 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Pai Syahira Yahya/ Farhan Abdullah (Jabatan Penerangan)

PEKAN, 30 Jan (MalaysiaAktif) – Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang Kelima, dan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.

Selain itu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Pahang berkuatkuasa mulai 31 Januari 2019 apabila ayahandanya Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong ke 16.WhatsApp Image 2019-01-30 at 11.02.18

Gelaran Tengku Ampuan Pahang adalah khas untuk permaisuri kepada pemerintah atau sultan semasa yang berdarah raja seperti yang tercatat dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Tunku Azizah yang diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang Johor Bahru, Johor merupakan Tengku Ampuan kelima dalam institusi kesultanan Melayu Pahang.

Manakala Tengku Hassanal yang diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang menggantikan ayahanda baginda yang sebelum ini telah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari lalu.

Pelantikan Tunku Azizah dan Tengku Hassanal diputuskan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang pada Selasa lepas.

“Pemasyhuran dan istiadat hari ini adalah satu istiadat yang simbolik untuk nak tunjuk adat resam Melayu di negeri Pahang dan juga satu tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya oeljh Allah swt untuk menjaga rakyat Pahang, tanah Pahang dan semua benda yang hidup di Pahang” titah Tengku Mahkota Pahang.

Istiadat yang berlangsung di Balairung Istana Abu Bakar Pekan dihadiri  oleh 1,500 tetamu terdiri daripada kerabat diraja, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat.

 

-KN

Tinggalkan komen anda