Skip to main content
HomeJohor

Seni Batik Dan Kraftangan Di Pontian Kian Rancak

By 31 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/ foto: Mohamed Hirsham Azmi/ Krisha A/P Selladurai (Pontian)

PONTIAN, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Seni Batik dan kraftangan acap kali dilihat sebagai satu kebanggaan dan keistimewaan di sesuatu kawasan dan sering dijadikan pemberian dalam majlis-majlis rasmi.

Penggiat seni batik dan kraftangan di daerah ini dilihat lebih aktif berbanding beberapa tahun sudah dengan adanya pelbagai medium bagi mereka mengetengahkan hasil karya seni masing-masing.

Antara pengusaha batik canting di Daerah Pontian sedang persembahkan seni di hadapan DYMM Permaisuri Johor

Antara pengusaha batik canting di Daerah Pontian sedang persembahkan seni di hadapan DYMM Permaisuri Johor

Pengusaha seni batik moden, Halida Aqila Nasis,28, berkata ruang yang telah diberikan kepada pengiat seni batik dan kraf di daerah ini merupakan penyumbang terbesar terhadap perkembangan industri ini khususnya dalam konteks penjenamaan dan pemasaran di dalam dan luar negara.

“Inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak Pejabat Daerah Pontian khususnya dalam mengetengahkan seni batik dan kraf tempatan di Daerah Pontian dapat dilihat melalui ruang pameran dan jualan karya-karya yang dihasilkan dan tempahan daripada agensi-agensi kerajaan di daerah ini.

“Dengan sambutan dan sokongan yang telah diberikan oleh agensi-agensi ini sedikit sebanyak telah meningkatkan ekonomi dengan wujudnya peluang pekerjaan bagi golongan belia dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat seni anak tempatan di daerah ini,” kata Aqila.

Aqila (dua dari kanan) bersama-sama rakan setugas semasa program Keberangkatan DYMM Permaisuri Johor

Aqila (dua dari kanan) bersama-sama rakan setugas semasa program Keberangkatan DYMM Permaisuri Johor

Selain itu, menurut pasangan pengusaha kraf tangan, Beng Lim, 52 dan Jo Wong, 46, inisiatif seperti ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan daerah Pontian kepada pelancong luar melalui sektor pelancongan seni di daerah ini.

“Orang luar boleh datang ke daerah Pontian bagi mempelajari pelbagai cabang seni melalui bengkel yang dianjurkan pada setiap bulan selain dapat merancakkan industri pelancongan di daerah ini.

“Jika usaha ini diberikan sokongan yang lebih daripada semua pihak, daerah Pontian tidak hanya akan dikenali melalui industri nanasnya sahaja, malah hasil seni kreatif anak watan menjadi identiti di daerah ini,” tambah mereka.

Pasangan Beng Lim dan Jo Wong ketika ditemui bersama koleksi seni kraf mereka

Pasangan Beng Lim dan Jo Wong ketika ditemui bersama koleksi seni kraf mereka

Kesemua penggiat seni telah ditemui semasa Majlis Keberangkatan DYMM Raja Zarith Sofea Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor ke Pusat Informasi Pelancongan Daerah Pontian hari ini.

Mereka berpeluang mempersembahkan hasil seni kreatif masing-masing sambil mendapat pekenan Tuanku untuk merakam hasil seni Baginda pada beberapa kraf yang telah mereka sediakan.

EM

Tinggalkan komen anda