Skip to main content
HomeJohor

Teka Teki Nama Baru Kampung Tersusun Murni Jaya Terjawab

By 31 Januari 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/ Foto: Norlida Abdullah (Kulai)

KULAI, 31 Jan (Malaysiaktif) – Setelah beberapa minggu orang ramai berkira-kira tentang nama baru Kampung baru tersusun Murni Jaya, akhirnya terjawab dengan pengumuman nama Kampung Semangat Bersatu oleh Datuk Seri Rina, Menteri Pembangunan Luar Bandar baru-baru ini.

Datuk Seri Rina turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM300 ribu bagi tujuan pembinaan jalan. Berita tersebut disambut baik oleh sekurang-kurangnya 20 buah keluarga yang menetap di sana. Semenjak dibuka pada tahun 2015, penduduk kampung hanya menggunakan jalan tanah.

Taklimat ringkas oleh Pegawai Daerah Kulai kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar di kediaman salah sebuah rumah di kampung tersebut

Taklimat ringkas oleh Pegawai Daerah Kulai kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar di kediaman salah sebuah rumah di kampung tersebut

Salah seorang penduduk, Ahmad Jani, 56, berkata dengan pengumuman ini, ia sedikit sebanyak melegakan hati penduduk setempat kerana ketika musim tengkujuh, aktiviti-aktiviti penduduk kampung agak terbatas akibat daripada takungan air hujan dan ia juga boleh mngundang bahaya kepada penunggang motosikal khasnya.

Kedua-dua perkhabaran gembira ini dibuat oleh Datuk Seri Rina semasa lawatan kerja beliau baru-baru ini di daerah Kulai dan semasa lawatan tersebut, beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama ketua-ketua jabatan daerah dan masyarakat di Felda Bukit Permai.

Lawatan turut dihadiri Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, dan ADUN Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi.

EM

Tinggalkan komen anda