Skip to main content
HomeJohor

Elaun Penghafaz Al-Quran

By 1 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/ foto: Latifah Salleh/ Nur Ezzaty (Muar)

MUAR, 1 Feb ( Malaysiaaktif) – Sistem dan institusi pendidikan agama yang kukuh menjadi identiti yang menjangkau 100 tahun pendidikan Islam telah bermula dari tahun 1918 bakal menjadikan Johor negeri tarikan dan tumpuan bakat-bakat terbaik rantau Asia Tenggara yang sangat berbudaya melalui pemodenan sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan budaya.

Saban tahun perujian menghafaz al-Quran diadakan untuk mengenal pasti bakat-bakat yang ada pada penghafaz untuk menjadikan Johor sebagai salah satu negeri yang menjana masyarakat terbaik dan melahirkan modal insan yang lebih berdaya saing.

Pertandingan ini menjadi salah satu saluran untuk menghargai dan memuliakan penghafaz generasi muda yang berusia antara tujuh hingga 25 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan

Selain itu, terdapat pelbagai insentif dan inisiatif menarik untuk menawan hati penghafaz generasi muda bagi menggalakan dan memberi semangat kepada generasi ini untuk menghafaz al-Quran.

Kerajaan negeri menawarkan elaun galakan menghafaz al-Quran dengan anggaran jumlah penghafaz seramai 650 orang.

Elaun galakan ini merupakan tanda penghargaan kepada setiap penghafaz al-Quran yang berjaya menghafaz setiap juzuk dan tertakluk kepada jumlah maksimum setiap tahun.

Johan bagi kategori satu hingga 30 juzuk hafazan dan taranum, Ummu Habibah Tuah, 17, menyatakan perasaan terkejut dan tidak menyangka akan membawa balik gelaran juara bagi kategori perempuan.

Penyampaian hadiah kepada Johan bagi kategori menghafaz al-Quran 1-20 juzuk, Mohamad Daniel Haziq Haswadi

Penyampaian hadiah kepada Johan bagi kategori menghafaz al-Quran 1-20 juzuk, Mohamad Daniel Haziq Haswadi

“Saya mengamalkan menghafaz al-Quran di kala awal pagi selain menjaga silaturrahim dengan kedua ibu bapa, pendidik serta rakan-rakan”, tambahnya lagi yang mewakili daerah Tangkak.

“Saya seperti tidak percaya akan mengekalkan kedudukan sebagai johan dalam kategori hafazan satu hingga 20 juzuk selepas mendapat purata markah sebanyak 95.3, kerana pada mulanya saya tidak yakin dengan kemampuan diri berdasarkan saingan peserta yang terlalu sengit dan hebat”, kata  Mohamad Daniel Haziq Haswadi, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini.

Majlis dirasmikan baru-baru ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, Aminolhuda Hassan selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor dan turut dihadiri oleh Mufti Besar Johor, Yahya Ahmad, Kadi Besar Johor, Abdullah Sarimin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Rofiki Samsudin serta Pegawai Daerah Muar, Mohd Hafiz Ahmad.

EM

Tinggalkan komen anda