Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeNegeri Sembilan

Makluman Lalu Lintas Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Kuala Pilah

By 1 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan: Khairudin AM (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Daerah Kuala Pilah memaklumkan sempena perayaan sambutan Tahun Baru Cina 2019 ini, beberapa strategi serta inisiatif pengurusan lalu lintas di daerah Kuala Pilah akan laksanakan.

Menurut Kenyataan Media Majlis Daerah Kuala Pilah, pengurusan lalu lintas akan dilaksanakan seperti berikut:

  1. Penutupan Lampu-Lampu Isyarat.
  • Penutupan lampu isyarat di Jalan Kuala Pilah-Seremban 1 hingga 7 Februari 2019 seperti berikut:-
    1. Lampu isyarat persimpangan Ampang Tinggi.
    2. Lampu isyarat di hadapan Sek. Men. Keb. Dato’ Abdul Samad, Tanjung Ipoh.
    3. Lampu isyarat di hadapan Sek. Keb. Dato’ Idris, Tanjong Ipoh.
    4. Lampu isyarat di hadapan Sek. Keb. Tam Tuan Hitam, Terachi.
    5. Lampu isyarat di kawasan rehat Taman Rekreasi Ulu Bendul.
    6. Lampu isyarat di hadapan Sek. Keb. Ulu Bendul.
  • Penutupan lampu Isyarat Persimpangan Ampang Tinggi akan menyebabkan pengguna jalan raya dari arah Jalan Seremban Lama yang ingin menghala ke Seremban perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan lampu isyarat di hadapan Pasaraya Giant Kuala Pilah kerana lorong menghala ke Seremban akan ditutup bagi melancarkan aliran trafik.
  1. Penutupan Persimpangan Masuk Ke Kawasan Bandar Kuala Pilah.
  • Persimpangan utama di Bandar Kuala Pilah yang akan ditutup bermula pada 1 hingga 7 Februari 2019 seperti berikut:-
    1. Persimpangan Jalan Undang Johol – Jalan Perpatih.
    2. Persimpangan Jalan Dato’ Undang Johol – Jalan Dato’ Abdul Manap.
  • Persimpangan Jalan Dato’ Undang Johol – Jalan Ulu Muar akan dibuka dan hanya akan ditutup sekiranya berlaku kesesakan teruk di dalam kawasan Bandar Kuala Pilah.
  • Bagi pengguna yang ingin masuk ke kawasan Bandar Kuala Pilah dari arah Jempol perlu melalui lorong bersebelahan bank RHB Kuala Pilah atau melaui Taman Rekreasi jalan Bukit seterusnya melalui Jalan Perpateh.
  1. Rondaan Anggota Polis Trafik Dan Anggota JPJ Di Kawasan Tumpuan Kesesakan Lalu Lintas.
  • Kawasan Rumah Rakyat Ulu Bendul.
  • Berhampiran Sek. Keb. Yam Tuan Hitam.
  • Persimpangan Pekan Tanjung Ipoh – Talang.
  • Persimpangan Ampang Tinggi.
  • Persimpangan Masjed Jamek Yam Tuan Raden, Kuala Pilah.
  • Persimpangan Wisma MCA
  • Persimpangan Pekan Senaling.

Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah memohon perkongsian maklumat bersama-sama pengguna jalan raya melalui media sosial dan talian telefon. Maklumat boleh didapati melalui laman sosial Facebook Info Trafik Rasmi Kuala Pilah – Seremban dan Twitter Info Tarfik_KP. Orang ramai juga boleh menghubungi Info Trafik – Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999 bagi perkongsian atau pertanyaan sebarang maklumat berkaitan keadaan trafik.

-KN

Tinggalkan komen anda