Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Pembuka Tirai Sambutan Tahun Baru Cina 2019

By 2 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 2 Feb 2019 (Malaysia aktif)- Hanya tinggal empat hari sahaja lagi masyarakat Cina akan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina 2019. Dalam pada itu SMJK Chung Hwa Kota Bharu, telah mengadakan Majlis Pembuka Tirai bagi sambutan pada tahun ini. Majlis sambutan Tahun Baru ini disajikan dengan pelbagai acara menarik, antaranya persembahan tarian singa dan naga, persembahan Gendang 24 Musim, pertandingan menulis Bahasa Klasik Tulisan Cina serta pengagihan “angpau” dan buah limau Mandrin kepada tetamu serta pelajar.

Menurut Asri Junoh, 47, selaku Pengerusi Kelab Kebajikan SMJK Chung Hwa, berkata acara seumpama ini sememangnya perlu diketengahkan bagi melahirkan semangat pemuafakatan antara kaum tanpa mengira etnik dalam menghasilkan sebuah keluarga yang cukup harmoni, supaya ianya terus kekal untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Tetamu yang hadir disajikan persembahan Tarian Singa dan Tarian Naga

Tetamu yang hadir disajikan persembahan Tarian Singa dan Tarian Naga

Kemeriahan sambutan perayaan ini secara tidak langsung dapat dirasai oleh pelajar dari pelbagai kaum serta agama, di mana mereka dapat bersama mengetahui adat resam serta nilai budaya masyarakat Cina sejak di bangku sekolah lagi, kata adik Nizam Hazman, 16, merupakan salah seorang ahli pasukan Gendang 24 Musim, SMJK Chung Hwa. Tambahnya lagi, setiap persembahan kesenian dalam masyarakat Cina sememangnya mempunyai nilai seni budaya serta adat resam yang tinggi di samping sebagai platform kesepaduan hidup untuk diterjemahkan kepada masyarakat di luar sana.

Seterusnya menurut Lim Jit Hun, 59, Pengetua SMJK Chung Hwa, melalui acara seumpama ini pastinya menguatkan lagi perasaan saling hormat menghormati, cintakan keamanan serta kedamaian dalam kalangan pelajar itu sendiri, ujarnya kepada Malaysia aktif.

-NAZ

Tinggalkan komen anda