Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

[KEMAS KINI] Festival Kraf Tekstil Pantai Timur Perkasa Produk Tempatan

By 3 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/Foto: Robani Nabi Ahmad (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2019 berlangsung selama 10 hari bermula 31 Januari hingga 9 Februari ini merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang menampilkan pelbagai aktiviti jualan dan interaktif seni kraf untuk penyertaan orang ramai.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Muhamaddin Ketapi, berkata penghasilan Kraf Tekstil Malaysia seperti batik, songket dan tenun, memang unik dan mempunyai keistimewaan dari segi reka corak, warna serta ragam hias yang halus. Ketinggian kemahiran dan kehalusan kerja tangan adalah mengikut peredaran zaman.

“Kesemua usahawan yang menyertai festival ini adalah dari Kelantan, Terengganu dan Pahang, masing-masing menampilkan jualan hasil kraf yang merangkumi pelbagai bidang seperti batik, tenun, hasil rimba, hasil tanah, logam, aneka kraf dan makanan,” katanya ketika merasmikan festival, di sini.

Menurut pengusaha tenun Pahang dari Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Mariam Pekan, Pahang, Fazirahani Ibrahim, festival ini menggalak dan memberi peluang kepada usahawan kraf mempromosi serta memasarkan produk tenun dari Negeri Pahang di pusat tumpuan orang ramai.

Sementara itu seorang pengunjung, Norizwani Mohd Razali, 30, festival ini adalah satu usaha memperkasa dan mempromosi produk tekstil Malaysia.

“Semoga penganjuran Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2019 akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan menjadi program tahunan yang utama, seiring dengan hasrat kerajaan membantu komuniti kraf tempatan meningkatkan taraf ekonomi,” ujarnya.

-NAZ/SH

Tinggalkan komen anda