Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

Usahawan Belia Cekal Menghadapi Pelbagai Cabaran

By 4 Februari 2019Jun 21st, 2022Tiada komen4 minit bacaan

Laporan/foto: Mahdini Jaini (Sarawak)

KUCHING, 4Ā FebĀ  (Malaysiaaktif) ā€“Ā  Bagi generasi muda yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan, semangat juang yang tinggi dan memiliki matlamat yang jelas dalam kehidupan merupakan ciri-ciriĀ yang wajib dimiliki bagi membina empayar tersendiri dalam bidang yang diusahakan.

Bermula dengan minat menyimpan emas fizikal untuk tujuan peribadi, Hafizul Hakim, 36 tahun memperoleh inspirasi untuk bergiat dalam perniagaan pelaburan emas menerusi buku hasil tulisan Robert Kiyosaki berkaitan ilmu pelaburan emas yang menyedarkan beliau bahawa simpanan aset emas bertindak merawat masalah kewangan yang bocor. Hafizul merupakan Pengedar Rasmi Public Gold yang merupakan syarikat menjual jongkong emas dan dinar fizikal pertama yang diiktiraf sebagai patuh syariah di Malaysia.

Hafizul bersama peserta seminar Emas semasa beliau menjadi speaker di Yogyakarta

Hafizul bersama peserta seminar Emas semasa beliau menjadi speaker di Yogyakarta

ā€œSaya menyertai perniagaan pelaburan emas fizikal sejak tahun 2009 dan merupakan ā€˜Master Dealerā€™ yang pertama di Sarawak dan Borneo ketika itu. Menggunakan platform media sosial di Facebook dan laman web peribadi untuk mempromosikan perniagaan pelaburan emas serta berkongsi ilmu kepentingan menyimpan emas untuk mendidik masyarakat bagaimana melabur emas secara patuh syariahā€, kata Hafizul yang memiliki pekerjaan tetap sebagai Jurutera Elektrik di sebuah syarikat utiliti di Kuching, Sarawak.

Hafizul bergambar bersama Encik Mohd Azizul, Pegawai Pemasaran MPH Bookstore Petaling Jaya yang sedang memegang buku ā€˜Travelog Emasā€™

Hafizul bergambar bersama Encik Mohd Azizul, Pegawai Pemasaran MPH Bookstore Petaling Jaya yang sedang memegang buku ā€˜Travelog Emasā€™

Beliau bertuah kerana minat menjana pendapatan sampingan menerusi perniagaan pelaburan emas fizikal turut dikongsi bersama oleh isterinya, Aliffa Rafini yang juga seorang pengedar berdaftar yang aktif di bawah syarikat yang sama.

ā€œNiat saya adalah untuk memberi kesedaran kepada generasi muda kini bahawa dunia ini penuh cabaran dan pentingnya kita mengetahui ilmu pengurusan kewangan yang betulā€, jelas Hafizul.

Sikap optimis dan tidak mengenal putus asa dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan aset emas berjaya membuah hasil apabila saban tahun beliau memperoleh target jualan emas fizikal melebihi RM2 juta ringgit setahun. Ianya telah melayakkan beliau memperoleh Insentif Jualan berupa sesi lawatan ke luar negara tajaan Public Gold sejak tahun 2012 sehingga kini. Hafizul yang sememangnya gemar melancong ini telah berpeluang melawat ke pelbagai negara menerusi insentif tersebut antaranya Australia, Jepun, Jerman, Turki dan Iceland.

Kepakarannya dalam ilmu pelaburan emas menyebabkan beliau sering dijemput sebagai speaker bagi seminar emas oleh pelbagai badan berkamun kerajaan, NGO dan IPT daripada seluruh negara.Tahun lepas, Hafizul telah melakar tanda aras tersendiri apabila dijemput sebgai speaker seminar emas yang telah diadakan di Yogyakarta, Indonesia.

Pada bulan November 2018, Hafizul berjaya mengeluarkan buku tulisan beliau bertajuk ā€˜Travelog Emasā€™ sekaligus menjadikan beliau anak Sarawak pertama yang berjaya menghasilkan buku berkaitan ilmu emas. Berkonsepkan penulisan santai khusus untuk menarik pembaca belia, naskhah beliau telah terjual melebihi 1000 unit dan sedang dalam proses cetakan kedua yang mana buku beliau boleh didapati di kedai-kedai buku terkenal seperti MPH, Popular dan Kinokuniya.Ā 

Menelusuri perkongsian pengalaman usahawan produk makanan tempatan berkonsep sedia untuk dimakan, Saiful Firdaus Sulaiman, 35 yang bertindak selaku Pengarah Urusan SPL Food Industries ini seakan melambangkan kebenaran kata pepatah ā€˜Di mana ada kemahuan, di situ ada jalanā€™.

Saiful bersama salah seorang rakan sepasukannya semasa mereka menyertai ekspo makanan di Kuala Lumpur

Saiful bersama salah seorang rakan sepasukannya semasa mereka menyertai ekspo makanan di Kuala Lumpur


 

Saiful ketika ditemuramah mengakui usaha berterusan dan konsisten dalam mempromosikan produk adalah amat penting dalam berniaga. Pemilik Diploma Latihan Chef Profesional KDU tersebut pernah mengalami krisis kewangan yang runcing akibat perusahaan kedai makanan yang kurang menjadi. Namun, sifat tidak menyerah kalah mendorong idea penghasilan produk makanan berunsur tempatan berjaya membawa Saiful ke suatu dimensi baru dalam industri makanan.

ā€œProduk ā€˜Sambal Pak Lemanā€™ ini terilham semasa saya berniaga nasi lemak dari rumah untuk dijual kepada para penuntut di UPM Kampus Bintulu semasa saya menetap di Bintulu. Mereka sangat gemarkan sambal yang saya jual dan dari situ saya mula menjual sambal yang dibotolkan.

Manakala produk terkini kami iaitu ā€œGula Apong Spreadā€ ini pula diinspirasikan menerusi tayangan sebuah program televisyen luar bertajuk ā€˜Shark Tankā€™ yang menunjukkan kaedah penghasilan ā€˜maple butterā€™ (mentega maple). Saya bereksperimentasi berkali-kali dalam mencipta lepa gula apong bermula dengan mencipta lepa berperisa asli gula apong sehinggalah terhasilnya lepa gula apong berperisa coklat, kacang dan kopiā€, ujar Saiful yang turut bekerjasama dengan isteri beliau dalam memperkembang empayar SPL Food.

Medium pemasaran produk makanan SPL Food adalah menerusi agen-agen pemasaran berdaftar dari seluruh negeri Sarawak dan juga menerusi platform perniagaan atas talian seperti Shopee dan laman sosial Facebook. Jaringan pemasaran turut diperluas menerusi penyertaan syarikat beliau dalam ekspo-ekspo perniagaan yang diadakan di dalam negeri dan di seluruh Malaysia dan lepa gula apong jenama SPL ini telah menembusi pasaran di Brunei. Sekitar penghujung tahun 2018, Saiful bersama kumpulan SPL Food telah menyertai Halfest Tokyo 2018 di Jepun bertujuan mempromosikan produk makanan terutamanya ā€˜Gula Apong Spreadā€™ bagi menarik pemodal dari negara matahari terbit itu dengan harapan mempertingkat imej Sarawak menerusi produk asli tempatan itu di arena antarabangsa.

Sewajarnya sikap optimis yang dimiliki oleh generasi pelapis berwawasan jauh seperti Hafizul dan Saiful ini dicontohi oleh golongan belia lain terutamanya anak-anak muda tempatan di Sarawak bagi melahirkan lebih ramai individu muda yang berpotensi mencipta kejayaan dalam bidang perniagaan.

 

Tinggalkan komen anda