Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Tradisi Kesesakan di Musim Perayaan

By 5 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: NorFadzlina Ahmad Fadzli(Kota Bharu)

KOTA BHARU, 5 Feb 2019 (Malaysiaaktif)- Keadaan lalu lintas di Bandar Kota Bharu menjelang perayaan sering menjadi masalah utama kepada pengguna jalan raya di sekitar Kota Bharu.

Menurut Mohmed Abd. Rahman, 64, seorang pesara, beliau agak terkejut dan dukacita apabila perjalanan beliau dari Machang ke Kota Bharu hari ini mengambil masa empat jam. “Saya bertolak dari Machang, jam 9.30 pagi dan tiba di kedai Jalan Sultanah Zainab hampir jam 1.30 petang. Saya ke sini mengambil barang jualan untuk berniaga di Machang.”

Seorang lagi pengguna jalan raya, Lily Shazwanis, 26, seorang peniaga di bandar Kota Bharu. Lily memberitahu Malaysia Aktif, “Saya bertolak dari rumah di Pasir Puteh hari ini jam sembilan pagi dan tiba di kedai, di Jalan Tok Hakim pada jam 12.15 petang. Perjalanan yang luar biasa hari ini mengambil masa selama tiga jam 15 minit dari Pasir Puteh ke Kota Bharu berbanding perjalanan biasa hanya satu jam’.

Tambahnya, keadaan ini terjadi kerana kebanjiran bilangan kenderaan di atas jalan raya berikutan keadaan cuti sekolah dan cuti perayaan Tahun Baru Cina. Keadaan lalu lintas yang sesak ini memberi impak kepada individu dan aktiviti harian masyarakat setempat. Waktu perjalanan telah bertambah untuk ke sesuatu tempat.

Ujarnya lagi, Keadaan ini menyebabkan kelewatan bagi melakukan aktiviti harian masyarakat, seperti ke pejabat, membuka perniagaan dan lain-lain urusan. Tambahan pula, keadaan ini terjadi di pusat bandar yang merupakan tumpuan segala aktiviti ekonomi, pentadbiran, kesihatan, keselamatan dan kewangan. Pihak berwajib seperti perancang bandar, haruslah mengambil inisiatif dan tanggungjawab agar kesesakan begini dapat dikurangkan pada masa akan datang.

-NAZ

Tinggalkan komen anda