Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Premis Sembelih Ayam Kotor, Sisa Ayam Terbiar Atas Lantai

By 7 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Kotor dan busuk, itu adalah perkataan yang sepadan untuk mengambarkan keadaan dua buah premis penyembelihan ayam di sempadan Pasar Borong Selayang, di sini.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masoad berkata, masih terdapat tempat penyembelihan dan memproses ayam secara terbuka dijalankan.

“Pemeriksaan mendapati aspek kebersihan tidak diutamakan, sisa ayam dan darah dibiarkan di atas lantai menyebabkan ia mengalir terus ke longkang.

“Sebenarnya, kita kenal pasti enam premis untuk pemeriksaan hari ini, namun hanya dua sahaja yang beroperasi. Empat lagi premis tutup,” jelasnya.

Keadaan bahagian belakang premis sembelihan ayam yang kotor.

Keadaan bahagian belakang premis sembelihan ayam yang kotor.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Tempat Penyembelihan Ayam tanpa permit MPS bersama Jabatan Imigresen Selangor dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM).

Jelas beliau, tiga kompaun dikeluarkan kepada premis berkenaan iaitu di bawah Seksyen 6 kerana tidak mempunyai tong sampah yang tertutup.

“Seksyen 74 kerana membiarkan banggunan (bahagian dalam belakang premis penyediaan dan penyimpanan ayam segar) berada dalam keadaan kotor. Undang-Undang Kecil 21(1)d, menyebabkan kekotoran dan mengalirkan cecair terus ke longkang,” katanya.

Menurut Mohamad Zin, operasi tersebut juga berjaya menangkap seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana tidak mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah, ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“MPS akan terus memastikan premis niaga menjaga kebersihan bagi menjamin jualan dalam keadaan yang baik. Ia juga mengelakkan sebarang kekotoran yang boleh menimbulkan isu kesihatan,” ujarnya.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda