Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kebakaran di Gunung Baling Terkawal

By 10 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Mahazir Abu Hassan (Baling)

BALING, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Usaha berterusan tanpa mengira penat lelah anggota dari pasukan Bomba dan penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), sahabat Bomba dan malim gunung berjaya mengawal 85 poeratus kebakaran di Gunung Baling.

Kebakaran yang berlaku sejak lima hari lalu itu berjaya dikawal oleh anggota-anggota penyelamat walaupun masih ada lagi beberapa tempat di sekitar gunung itu yang masih terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, walaupun operasi melalui udara menggunakan helikopter telah dihentikan pihaknya masih meneruskan operasi pemadaman tersebut dengan menggunakan secara manual melalui jalan darat, dimana seramai 35 orang anggota penyelamat bergilir setiap hari mendaki Gunung Baling untuk mengawal kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Jamil Md Daud (dua dari kanan) menyampaikan taklimat sebelum operasi dimulakan.

“Hasil pemantauan mendapati skala kebakaran kini sudah mengecil dan semakin berkurangan serta dalam keadaan terkawal.

“Kita juga hari ini telah memohon tambahan aset baharu Jabatan Bomba dari Alor Setar iaitu, jentera ‘Aerial Ladder Platform’ (ARL) yang boleh memadamkan kebakaran dengan lebih berkesan di tempat yang tinggi dan sukar berhampiran Kaki Gunung Baling yang berdekatan dengan kediaman penduduk Taman Hajah Halimah,” ujarnya.

Salah seorang penduduk Taman Hajah Halimah, Mohd Arif Khalid, 33, berkata kebakaran gunung ini amat merisaukan beliau dan 20 keluarga taman ini kerana jarak gunung dan kediaman mereka terlalu dekat.

“Sudah beberapa malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana akan mendengar bunyi letupan kecil pokok-pokok yang terbakar selain bimbang bara kayu jatuh ke atas bumbung rumah,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda