Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Belia Semarakan Budaya Gotong Royong

By 10 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Budaya gotong-royong dikalangan masyarakat Kampung Tellian Ulu masih diamalkan oleh penduduknya terutamanya bila menghadapi musibah penduduk kampung meningal dunia, semasa majlis perkhawinan kahwin atau apa sahaja upacara keramaian.

Lebih 100 orang Belia Kampung Tellian Ulu datang untuk membantu kerja gotong-royong membuat khemah di rumah Cornelia Alus yang kehilangan ahli keluaraga baru-baru ini.

Robin Junang memakai boot biru sambal memegang kayu semasa membuat khemah bersama belia lain

Robin Junang memakai boot biru sambal memegang kayu semasa membuat khemah bersama belia lain

Menurut penduduk kampung yang turut membantu gotong royong tersebut, Robin Junang berkata, amalan seperti ini perlu terus disuburkan dalam kalangan masyarakat kampung khususnya golongan muda bagi memastikan warisan budaya itu tidak luput ditelan zaman dan aktiviti tersebut mampu menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan.

“Amalan gotong-royong ini bukan saja membantu meringankan beban malah mengukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan belia,” katanya.

“Budaya yang baik ini perlu dipertahankan bagi memastikan golongan muda akan mewarisi perkara tersebut,” katanya kepada Pemberita Malaysiaaktif selepas gotong royong di rumah si mati Kampung Tellian Ulu di sini hari ini.

Para Belia menghidang  makanan ke rumah Penduduk kampung yang menghadapi musibah

Para Belia menghidang makanan ke rumah Penduduk kampung yang menghadapi musibah

Gotong Royong di rumah orang meninggal dunia atau pun untuk majis perkahwinan sudah menjadi amalan dalam kalangan generasi belia sejak dari dahulu lagi dan kampung ini masih aktif dalam kerja seperti ini baik apa saja keramaian,jelasnya.

Bagi kaum lelaki membuat khemah manakala yang perempuan pula membantu menguruskan kerja kerja dapur, iaitu memasak atau membuat kerja ringan.

Kampung Tellian Ulu yang majoritinya berbangsa Melanau yang terdiri dari tiga anutan iaitu agama Kristian,Islam dan pegan masih mengamalkan kerja gotong-royong membantu sesiapa sahaja dalam kampung dan mereka tidak mengira sesiapa samada suadara mara atau orang lain yang tidak seagama. 

Antara belia yang hadir untuk membantu, berkumpul sebelum membahagikan kerja

Antara belia yang hadir untuk membantu, berkumpul sebelum membahagikan kerja

Melaka Limit, 37, berkata kerja yang berat jika dilakukan secara bergotong royong menjadi ringan dan dapat diselesaikan dengan cepat tanpa menggunakan keringat yang banyak.

Apabila kami datang kerja gotong-royong yang penting makan minum ada disediakan dan kami tidak minta apa-apa upah atau sebaliknya,ujarnya.

“Pepatah Melayu ada menyebut , Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing memang patut diaplikasi dalam kehidupan belia hari ini.

“Saya berharap kerja gotong-royong seperti ini agar dapat dikekalkan dan sebagai amalan pada generasi muda dan sebagai contoh kepada belia yang lain.

Alangkah indahnya sebuah keluarga dan masyarakat yang saling hormat menghormati dan berkasih sayang kerana ia menjadi tunjang perpaduan dalam hubungan antara manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan serta tidak terbatas kepada hubungan kerabat semata-mata.

 

 

Tinggalkan komen anda