Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Kempen Gangguan Seksual Perlu Pendekatan Lebih Serius

By 14 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto : Shuhada Yasin/Fatin Nabila Muktar (Sungai Petani)

SUNGAI PETANI, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh, menggesa agar kempen penyebaran maklumat berkaitan gangguan seksual dilaksanakan secara meluas dalam kalangan penjawat awam.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes gangguan seksual yang dilaporkan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dari tahun 2013 hingga 2018 adalah sebanyak 1218, dengan 257 adalah mangsa lelaki dan 961 orang perempuan.

“Adalah penting kepada para pengadu dan mangsa agar berani menampilkan diri dan mengambil tindakan sewajarnye kepada pesalah laku agar ia tidak berlaku kepada orang lain.

“Sekiranya mangsa malu untuk melapokan kes, mangsa boleh terus menghantar email kepada pihak kementerian atau menghubungi talian Kasih 15999,” katanya ketika merasmikan Seminar Handling Sexual Harassment at Workplace, di sini hari ini.

Hannah turut menegaskan pihak kementerian akan menerima dan menyiasat apa jua kes yg dilaporkan walaupun melibatkan pegawai berjawatan tinggi.

“Di Malaysia kita belum ada akta yang berkaitan dengan gangguan seksual namun di sektor awam kita mempunyai garis panduan berkaitan isu ini dan pihak kementerian sedang dalam kajian untuk mewujudkan akta tersebut,” katanya lagi.

Seminar Handling Sexual Harassment at Workplace ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan penjawat awam terhadap hak dan kaedah menangani gangguan seksual di tempat kerja.

-SH

Tinggalkan komen anda