Skip to main content
HomeJohor

Berwakaf Menjamin Saham Akhirat

By 15 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad (Kluang)

Kluang, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Inisiatif buat warga di daerah ini bagi menggandakan amal jariah diwujudkan bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan yang akan datang.

Pejabat Daerah Kluang dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Kluang mewujudkan Program Wakaf al-Quran, kain sarung dan telekung bagi tujuan sumbangan ke masjid dan surau di daerah Kluang.

Majlis pelancaran Program Wakaf al-Quran, kain sarung dan telekung ini telah disempurnakan oleh pegawai daerah Kluang, Ismail Abu, bersempena Program Penjawat Awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Berselawat 2019 Daerah Kluang semalam di Dewan Muzakarah, Mahkamah Syariah Kluang.

Pegawai Daerah Kluang bersama tetamu pegawai pejabat kerajaan yang lain melihat barangan yang akan diwakafkan.

Pegawai Daerah Kluang bersama tetamu pegawai pejabat kerajaan yang lain melihat barangan yang akan diwakafkan.

“Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat amal jariah dengan mendermakan barang-barang yang telah diwakafkan kepada masjid dan surau di daerah Kluang bagi kegunaan muslimin dan muslimat”, ujar Ismail Abu.

Tambah beliau, satu lot wakaf adalah berharga RM200 dengan maksimun empat orang nama yang mengandungi barangan seperti satu tafsir al-Quran, satu telekung Siti Khadijah dan satu kain sarung Wadimor.

Majlis Penyerahan Wakaf tersebut akan dilaksanakan pada bulan Ramadhan 1440H di masjid dan surau di daerah Kluang semasa Program Solat Tarawih Pegawai daerah Kluang bersama penjawat Awam Daerah Kluang nanti.

Antara pengisian di program tersebut. Alunan qasidah oleh kakitangan awam daerah Kluang.

Antara pengisian di program tersebut. Alunan qasidah oleh kakitangan awam daerah Kluang.

Turut hadir, kadi daerah Kluang, As-Shekh Hj Mohd fauzi Bachok serta ketua-ketua jabatan di daerah Kluang.

EM

Tinggalkan komen anda