Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Aset Kawalan, Pertahanan Negara Akan Ditambah – Mohamad Sabu

By 15 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Asmidar Zainol/Johnny George Kimlon(Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Aset kawalan dan pertahanan negara terutamanya di perairan Sabah akan ditambah selewatnya hujung tahun ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kementeriannya telah pun membuat permohonan pembelian aset kepada Kementerian Kewangan dan meletakkannya sebagai keutamaan.

Shafie (kiri) bersalaman ketika menyambut ketibaan Mohamad Sabu.

Shafie (kiri) bersalaman ketika menyambut ketibaan Mohamad Sabu.

“Pada tahun ini, kita akan menambah Bot Pemitas Laju atau Fact Interceptor Craft (FIC) dan bilangannya bergantung kepada kelulusan kewangan serta jumlahnya juga akan mampu menampung keperluan keselamatan di Sabah.

“Kita sentiasa memohon untuk melebihkan pembelian aset tapi kita juga kena lihat kemampuan kewangan dari masa ke semasa.

Shafie (kanan) menerangkan sesuatu kepada Mohamad Sabu (tengah) dan Zulkifli.

Shafie (kanan) menerangkan sesuatu kepada Mohamad Sabu (tengah) dan Zulkifli.

“Kementerian Kewangan memang positif dalam hal ini, kita yakin bila ada pertumbuhan ekonomi, keutamaan akan diberi khasnya kepada keselamatan di negeri ini,” jelasnya.

Mohamad Sabu juga berkata, kedudukan keselamatan negara terutamanya di Sabah berada pada tahap yang baik.

“Sekarang kita lihat ramai pelancong dari luar khasnya dari China datang ke Sabah dan ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap keselamatan kita sekali gus membawa perkembangan ekonomi negara khususnya di Sabah,” ujarnya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, pada Selasa.

Shafie (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mohamad Sabu (kiri)

Shafie (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mohamad Sabu (kiri)

Dalam pada itu, Mohamad Sabu menyatakan kerajaan negeri berpuas hati dengan kawalan keselamatan oleh pasukan keselamatan di Sabah.

Pada pertemuan itu, Mohd Shafie juga telah memberi pandangan berkenaan keselamatan dan telah diambil maklum oleh pihaknha terutama perkembangan ekonomi di perairan Filipina serta sempadan Indonesia.

Mengenai penambahan anggota, Mohamad Sabu mendedahkan, pada masa sekarang tidak ada keperluan penambahan anggota keselamatan di negeri ini.

“Keanggotaan buat masa sekarang mencukupi, kita akan tambah ikut keperluan sekiranya ada pertambahan kem dan pusat-pusat operasi yang baharu.

“Buat masa sekarang kita boleh anggota yang ada untuk menjaga keselamatan adalah mencukupi,” kata beliau.

Terdahulu, Mohamad Sabu yang diiringi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

EM

Tinggalkan komen anda