Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Menteri Besar Menyempurnakan Pemberian Sumbangan Kepada Mangsa Ribut Petir

By 15 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto : Sharman Subramaniam ( Kuala Selangor )

TANJUNG KARANG, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Dato Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari hari ini telah hadir ke Kampung Sri Tiram Jaya bagi menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana ribut, pagi tadi.

Beliau berkata, kejadian terbabit menyebabkan beberapa buah rumah terjejas teruk termasuk bangunan sekolah dan masjid.

WhatsApp Image 2019-02-14 at 1.28.32 AM

“Kita boleh anggap ia kejadian bencana ribut paling buruk di negeri ini kerana ianya membabitkan mangsa dalam jumlah yang agak besar sehingga mencecah hampir 500 orang”, tambah beliau.

Sebanyak dua kampung terjejas teruk iaitu Kampung Sawah Sempadan dan Kampung Tiram Jaya, katanya.

“Bagaimanapun, segala bantuan akan diberi secepat mungkin dan saya harap penduduk dapat bersabar sebelum semua kembali pulih seperti sedia kala,” ujar beliau.

Beliau turut mengadakan lawatan ke lokasi kejadian ribut dan melawat rumah mangsa serta menyampaikan sumbangan di Kampung Sawah Sempadan.

Kejadian ribut yang berlaku pada hari Ahad lepas, merosakkan lebih 64 buah rumah. Pusat pemindahan telah dibuka bagi mangsa yang menempatkan dua buah keluarga.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda