Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Penjawat Awam Perlu Laksana Tugas Dengan Cekap, Sistematik, Berintegriti

By 15 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Mohd Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 15 Februari (Malaysiaaktif) – Anggota penjawat awam diseru melaksanakan tugas dengan cekap, sistematik dan berintegriti.

Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Issraq Ramli berkata, penjawat awam perlu melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan pantas dan teliti.

Antara warga Wisma Dang Bandang yang sempat merakamkan gambar kenangan bersama-sama Dr Issraq (duduk, dua dari kiri).

Antara warga Wisma Dang Bandang yang sempat merakamkan gambar kenangan bersama-sama Dr Issraq (duduk, dua dari kiri).

“Setiap amanah yang diberi harus dilaksanakan dengan berkualiti dan berintergriti bukannya seperti menyediakan roti canai yang ringkas dan cepat siap tetapi hasilnya kurang sifat dan tidak berkualiti.

“Sikap negatif ini akan memberi impak dan imej yang tidak baik sesebuah jabatan di pandangan masyarakat,” ujarnya semasa menyampaikan ceramah “Jangan Jadi Roti Canai” kepada warga Wisma Dang Bandang pada Program Santai Minda anjuran Kelab anggota Jabatan Penerangan Negeri Sabah (KAPSA) di Dewan Semarak, pada Jumaat.

Dr Issraq ketika menyampaikan ceramah beliau.

Dr Issraq ketika menyampaikan ceramah beliau.

Hadir sama pada program tersebut adalah Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Yunus Saprin dan hampir 100 penjawat awam di wisma berkenaan.

EM

Tinggalkan komen anda