Skip to main content
HomeLabuan

Kempen “Anti-Litter” Diperluas Ke Labuan

By 16 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. memperluaskan kempen ‘anti-litter’ kepada warga Labuan.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad kempen itu bertujuan mengekalkan kelestarian alam sekitar serta mengubah minda masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan di Pulau itu.

“Kita mahukan Labuan kekal bersih termasuk di perairannya kerana ia adalah aset yang besar bukan sekadar untuk pelancong luar malah untuk warga Labuan sendiri.

gimik penggunaan dua set tong sampah kitar semula sumbangan  Alam Flora Sdn. Bhd.

gimik penggunaan dua set tong sampah kitar semula sumbangan Alam Flora Sdn. Bhd.

“Pihak Kementerian memberi sokongan penuh kepada kempen ini kerana ianya merupakan salah satu dari enam teras utama bagi tahun 2019 iaitu memastikan persekitaran yang sentiasa bersih dan mesra alam,” katanya yang ditemui media selepas menyempurnakan kempen itu di Terminal Feri Kenderaan dan Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, semalam.

Pada program itu beliau mengedarkan beg yang tertulis ‘Anti-Litter: Give Your Litter a Lift Home’ kepada para penumpang dan pemandu kenderaan yang menggunakan kedua-dua terminal feri di Labuan.

Selain itu, beliau turut menyempurnakan gimik penggunaan dua set tong sampah kitar semula sumbangan Alam Flora Sdn. Bhd. untuk kegunaan rakyat yang diletakkan di kawasan menunggu Terminal Feri Penampang.

Khalid beramah mesra dengan penumpang Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan

Khalid beramah mesra dengan penumpang Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan

Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini telah melancarkan Kempen ‘Anti-Litter: Give Your Litter a Lift Home’ dan penyerahan beg ‘anti-litter’ pada 9 Februari 2019 di Stesen Minyak Petronas Putra, Lebuhraya PLUS Arah Selatan, Kuala Lumpur.

EM

Tinggalkan komen anda