Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

Beri Sokongan Generasi Muda Ceburi Sukan Muay

By 18 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Sufian Kamarudin/Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap semua pihak sentiasa memberi sokongan kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan muay.

Titah baginda, budaya sukan perlu sentiasa tersemat dalam jiwa generasi muda seterusnya membantu mencapai hasrat negara dalam melahirkan barisan atlet bertaraf profesional, berkaliber dan disegani.

“Galakan dan sokongan kepada golongan muda ini mesti berterusan kerana bidang sukan juga boleh menjamin masa depan jika ia dilakukan secara bersungguh-sungguh,” titah baginda ketika berkenan merasmikan majlis penutupan Kejohanan Muay Amatur Remaja Peringkat Kebangsaan 2019 di Arena Futsal, Kompleks Sukan Negeri Perlis, di sini semalam.

Para peserta bergambar kenangan bersama Raja Muda Perlis (tengah) setelah selesai kejohanan, di sini semalam.

Para peserta bergambar kenangan bersama Raja Muda Perlis (tengah) setelah selesai kejohanan, di sini semalam.

Kejohanan dua hari yang bermula Sabtu lalu ini bukan hanya melibatkan penyertaan peserta tempatan malah turut mendapat penyertaan dari negara Thailand.

Baginda turut menitahkan pengiat sukan muay di Malaysia supaya mewujudkan pendekatan strategik dengan Thailand dan merangka satu program jangka panjang yang dapat memberikan fokus terhadap pembangunan yang inovatif bagi melahirkan lebih ramai peninju profesional di negara ini.

“Masyarakat setempat dan para jurulatih atau ‘khru’ (guru muay) dan badan-badan sukan perlu bekerja secara kolektif, komited dan berusaha secara berterusan dalam memberi bimbingan dan nasihat kepakaran dalam membentuk peribadi peninju serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan ini,” titah baginda lagi.

Kejohanan ini, sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan dalam usaha mencari atlet dan juara muay untuk mewakili negara ke Kejohanan 16th World Muaythai Championship pada 12-20 Mac nanti di Bangkok, Thailand.

Berangkat sama mengiringi baginda ialah, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dan Presiden Muay Malaysia, Datuk Mohd Fairus Urep.

-SH

Tinggalkan komen anda