Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Rezeki Dari Jalanan

By 20 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Mohd Zulfadli Ab. Hamid/Suhaimi Nik Wil (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Biarpun makin dimamah usia, warga emas, Rosek Noh, 61, sanggup berulang-alik menaiki keretapi dari Kampung Gajah, Manek Urai ke pekan Kuala Krai untuk menjaja makanan di sekitar pekan ini demi sesuap nasi.

Beliau yang keluar dari rumah seawal 8.00 pagi akan menaiki keretapi seterusnya berjalan kaki di sekitar pekan untuk menjual hasil masakan isteri.

“Sudah lima tahun pakcik menjalankan perniagaan secara menjaja dan syukur kerana hingga ke saat ini semangat untuk terus berniaga tidak pernah luntur ditambah pula hasil jualan habis setiap hari.

“Dahulu pakcik pernah menoreh getah namun sejak harga getah merudum, aktiviti menjaja ini menjadi alternatif utama untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga. Selagi hayat dikandung badan pakcik akan teruskan aktiviti menjaja ini kerana ianya mendapat sambutan baik setiap hari,” ujarnya yang turut berkunjung ke pejabat-pejabat kerajaan dan premis-premis perniagaan demi membayar hutang Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 setiap minggu yang dijadikan modal perniagaan ini.

Walaupun semakin tua dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan asma, beliau tetap gigih berjalan kaki mencari pelanggan. Menu jualan beliau yang berbeza setiap hari menyebabkan pelanggan yang sama juga tidak jemu untuk membelinya.

-SH

Tinggalkan komen anda