Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Memperingati Pengisytiharan Kemerdekaan 20 Februari

By 21 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka) 

AYER KEROH, 21 Feb (Malaysiaaktif) – ‘Perjuangan Kemerdekaan: Dari Rakyat Kepada Rakyat’ adalah tema memperingati peristiwa bersejarah pengisytiharaan tarikh kemerdekaan negara di Padang Banda Hilir 63 tahun dahulu.

Sempena memperingati peristiwa penting ini, Arkib Negara Malaysia telah mengadakan program Bicara Sejarah yang berlangsung pagi semalam bertempat di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Melaka, di sini.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata pemahaman sejarah masa lalu adalah asas dalam mengukuhkan dan memastikan ilmu sejarah dihayati oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum.

Kehadiran orang ramai.

Kehadiran orang ramai.

“Memahami sejarah dan liku-liku perjuangan para pemimpin zaman silam dapat meningkatkan rasa kecintaan setiap rakyat terhadap negara lantas mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme tinggi, jitu dan luhur selain mengenali serta memahami asal-usul bangsa,” ujarnya.

Menurut pencinta sejarah, Wee Teck Fearn, sejarah adalah cermin masa hadapan, memahami sejarah akan menjadikan kita sentiasa mempunyai nilai sayangkan negara.

“Saya amat menghargai sejarah, kerana sejarah dapat mengelakkan kita dari ditipu oleh bangsa asing mahupun anasir yang ingin merosakkan sejarah negara,”katanya.

Program Bicara Sejarah hari ini membawa tokoh-tokoh pembicara yang terdiri dikalangan ahli akademik iaitu Dr. Mohd Samsudin, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Omar Jaafar.

 

-KN

Tinggalkan komen anda