Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

MPS Roboh Premis Cuci Kereta Haram, Degil

By 22 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / Foto: Noriah Athan (Gombak)

KUANG, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Sebuah premis cuci kereta yang beroperasi tanpa kebenaran sejak tiga tahun lalu, akhirnya dirobohkan dalam operasi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Tasik Biru Kundang, di sini hari ini.

Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzlil  berkata, premis tersebut pernah diambil tindakan kompaun dan sitaan sebanyak lima kali sebelum ini, termasuk dua kali pada tahun ini.

“Namun tindakan itu gagal menyekat pengusaha premis warga asing tesebut, malah mereka meneruskan operasi yang memaksa tindakan lebih tegas diambil.

WhatsApp Image 2019-02-21 at 15.48.37

Operasi meroboh premis cuci kereta haram di Tasik Biru Kundang, hari ini.

“Notis pengosongan telah diserahkan sejak dua minggu lalu sebelum operasi dijalankan pada hari ini di premis yang beroperasi atas tanah persendirian,” katanya.

Menurutnya, pengusaha menggunakan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik sementara bekalan air pula tidak dapat dipastikan daripada sumber mana.

“Pengusaha pernah memohon permit untuk operasi pusat cuci kereta itu secara sah namun ianya ditolak.

“Ia mengambil kira aspek kebersihan selain kawasan itu sepatutnya dijadikan parkir kereta awam susulan bersebelahan Tasik Biru Kundang iaitu lokasi riadah awam,” jelasnya.

Tambah beliau, operasi itu telah menyita barangan peralatan cuci kereta yang dianggarkan bernilai RM2,000 di samping pihaknya akan melakukan pemantauan secara berkala untuk mengelakkan pencerobohan di kawasan tersebut.

 

-NAZ

Tinggalkan komen anda