Skip to main content
HomeLabuan

Jadikan Penjara Tempat Tambah Amalan

By 23 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus / Jeffrey Nian

LABUAN, 23 Feb (Malaysiaaktif) -Penghuni Pusat Koreksional Labuan diseru agar menjadikan penjara sebagai tempat menambah amalan seperti mendirikan solat lima waktu, berzikir dan membaca Al- Quran.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, para penghuni di pusat itu perlu sentiasa mendekatkan diri dengan amalan -amalan keagamaan di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Bacalah Al Quran, munajat, istighfar, solat dan ikutlah peraturan yang ditetapkan.

Zulkifli (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian sambil diperhati Suria (dua dari kiri) dan Abd Rauf (paling kiri).

Zulkifli (tiga dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian sambil diperhati Suria (dua dari kiri) dan Abd Rauf (paling kiri).

“Tanam dalam hati untuk berubah dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu untuk menjadi agen perubahan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi untuk masyarakat di luar sana.

“Yakinlah Allah SWT ada untuk kita dan mengadulah kepadanya dan buang persepsi banduan tidak berguna kepada keluarga dan masyarakat,” katanya.

Zulkifli turut menyeru penghuni pusat itu agar membahagiakan keluarga dan masyarakat apabila kembali ke pangkuan masyarakat nanti.

“Kami sayang kepada anda semua oleh itu kami nak anda semua tanamkan tekad untuk ubah diri dan memyumbang kembali kepada masyarakat kelak,” katanya semasa menyampaikan tausiyah dan seterusnya merasmikan Program Bicara Mufti Peringkat Kakitangan & Penghuni Pusat Koreksional Labuan, semalam.

Zulkifli (tengah) memeluk erat salah seorang penghuni Pusat Koreksional Labuan

Zulkifli (tengah) memeluk erat salah seorang penghuni Pusat Koreksional Labuan

“Program ini bermatlamat untuk menjadikan penghuni pusat ini menjadi seorang muslim yang sejati di samping meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu serta sebarang kemusykilan dalam agama.

“Program ini juga adalah sebahagian matlamat Bahagian Agama dan Kaunseling Penjara yang bukan sahaja menggunakan modul kaunseling tapi perlu pemantapan dari segi rohani,” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan.

Tambahnya, program itu mampu membuktikan masyarakat bahawa modal insan penghuni penjara boleh dibentuk jika diberi peluang.

“Program ini melengkapkan konsep Habluminannas iaitu hubungan dengan manusia dan selaras tuntutan agama yang mengubah manusia mengikut syariat Islam.

“Diharap kita dapat membina modal insan yang dapat menyumbang kepada agama,bangsa dan negara,” jelasnya.

Pada program itu para penghuni Pusat Koreksional berpeluang menghayati khutbah Jumaat dan mendirikan Solat Jumaat yang yang disampaikan serta diimamkan sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutuan menyampaikan Khutbah Jumaat kepada penghuni Pusat Koreksional Labuan

Mufti Wilayah Persekutuan menyampaikan Khutbah Jumaat kepada penghuni Pusat Koreksional Labuan

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa turut menyampaikan sumbangan bahan bacaan dari bahan penerbitan jabatan itu.

Hadir sama Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Abd Rauf Lang Pasih dan Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti, Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Sukri bin Abd Ghani.

EM

Tinggalkan komen anda