Skip to main content
HomeLabuan

Badudun Kenali Budaya Bakal Berlangsung Setiap Jumaat

By 23 Februari 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus / Jeffrey Nian

LABUAN, 23 Feb, (Malaysiaaktif) – Program Badudun Kenali Budaya bakal berlangsung setiap hari Jumaat, bermula semalam.

Menurut Pengerusi Penganjur, Nilam Abd Wahid, program yang bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang di Pusat Muzakarah, Kampung Tanjung Aru Nelayan ini merupakan satu inisiatif bagi memelihara seni budaya Labuan agar terus terpelihara dan berkembang di serata dunia.

“Antara objektif program adalah memperkenalkan budaya dan kesenian Labuan di samping memupuk semangat cintakan budaya dan kesenian tempatan dalam kalangan warga tempatan serta masyarakat luar.

Rozman menjamu selera dengan hidangan tradisi masyarakat Kadayan

Rozman menjamu selera dengan hidangan tradisi masyarakat Kadayan

“selain itu, ia juga bertujuan memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarakkan aktiviti seni budaya warisan ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang kaya dengan budaya warisan serta kesenian yang beridentiti,” katanya.

Program yang diadakan di Kampung Tanjung Aru Nelayan itu juga katanya dapat mempromosikan lokasi berkenaan sebagai salah satu produk pelancongan di Labuan.

“Melalui penganjuran program ini juga secara tidak langsung membantu menjana ekonomi penduduk setempat dengan penjualan produk-produk tempatan, “katanya semasa menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmiannya semalam.

Program tersebut merupakan Persatuan Kebudayaan Musik dan Kesenian Kadayan (KUMALA) dengan kerjasama Anak Jati Keluarga Dan Komuniti Kampung Tanjung Aru Nelayan dan Kumpulan Watan Labuan.

Menurut Pengerusi KUMALA, Nordin Kadir, Program Badudun Kenali Budaya diisi dengan pelbagai pengisian seperti Persembahan Bermukun, Cara Bergendang, Mari Bertandak, Berpantun Spontan, Pameran Kraftangan, Tamu Mini.

Rozman (dua dari kanan) menyaksikan demonstrasi permainan gasing.

Rozman (dua dari kanan) menyaksikan demonstrasi permainan gasing.

“Kami harap lebih ramai belia akan berminat untuk mempelajari dan menyemarakkan seni budaya tempatan disamping menarik kedatangan lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Bayaran masuk bagi dewasa adalah RM5.00 dan RM2.00 bagi kanak-kanak manakala bagi bukan warganegara adalah RM10.00 dan RM5.00 bagi kanak-kanak,” katanya semasa ditemui media.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang merasmikan program itu memuji inisiatif yang dilakukan penganjur kerana mampu memperkenal budaya tempatan di samping memupuk perpaduan dalam komuniti kampung.

“Pada zaman teknologi kini budaya setempat amat mudah terbuka dan dilihat ke seluruh dunia dan saya kagum dengan usaha pejuang seni yang cuba hidupkan semula budaya tempatan serta dipromosi ke luar Labuan.

“Inisiatif ini patut dibantu oleh pihak-pihak yang berkaitan untuk sama-sama membangunkan produk pelancongan berasaskan kebudayaan.

Pakaian tradisi bagi kaum wanita Kadayan

Pakaian tradisi bagi kaum wanita Kadayan

“Diharap lebih banyak pihak-pihak seperti badan korporat akan menyokong inisiatif ini sebagai pendorong mereka lebih merancakkan aktiviti kebudayaan sekaligus menambah produk pelancongan di Labuan,” katanya.

EM

Tinggalkan komen anda