Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Pemakanan Sihat dan Seimbang Pelajar Melalui ‘HiTS’

By 7 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor/Halimah Abd Ghani (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya menjadi perbualan ramai baru-baru ini atas inisitif penyediaan program pemakan seimbang dan sihat kepada pelajar mereka. Program tersebut adalah kerjasaam antara pihak sekolah, pengusaha kantin dan pejabat kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah dan juga merupakan sekolah pertama di negeri ini yang memperkenalkan konsep pemakanan seimbang kepada pelajarnya.

Hasil kerjasama ini tercetusnya program pemakanan sihat atau dikenali sebagai ‘Hidangan Berkhasiat Di Sekolah (HiTS)’. Program ini  berkonsepkan kepada set hidangan lengkap yang berkhasiat dan mula dilaksanakan pada 11 Januari 2019 dan pada awalnya menyasarkan seramai 94 orang pelajar tahun enam untuk mengambil bahagian.

Sebahagian pelajar yang mengikuti Program HiTS Beratur untuk mendapatkan makanan mereka

Sebahagian pelajar yang mengikuti Program HiTS Beratur untuk mendapatkan makanan mereka

Program ini telah diteruskan  sehingga bulan Mac ini dan  telah mencecah 346 orang pelajar menyertainya. Hidangan yang disajikan mengikut keperluan kalori dan nutrien yang diperlukan oleh para pelajar. Ianya merangkumi makanan, minuman dan buah-buahan yang dihidangkan semasa waktu rehat di sekolah.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, Ramlee Abu Bakar, menerusi program ini pelajar dapat dibentuk dengan membudayakan amalan pemakanan sihat dan seimbang dalam kalangan pelajar sekolah.

 tempat khas yang disediakan oleh pengusah kantin sekolah unutk pelajar mendapatkan mengambil makanan dan minuman

tempat khas yang disediakan oleh pengusah kantin sekolah unutk pelajar mendapatkan mengambil makanan dan minuman

Program HiTS ini diurus selia sepenuhnya oleh pengusaha kantin di mana waris hanya perlu mambuat bayaran secara bulanan mengikut bilangan hari bersekolah sahaja. Malah, telah ditetapkan sebanyak sepuluh jenis menu berkhasiat oleh Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah mengikut aturan pemakanan seimbang ujarnya lagi.

Tengku Azimi Alfalah Tengku Syed Alshahab yang merupakan anak saudara pengusaha kantin ketika ditemui berkata harga yang ditawarkan mengikut pakej adalah sebanyak RM3.00 termasuk makanan, minuman dan buah-buahan. Program yang dilaksanakan ini adalah di atas persetujuan sukarela waris dan pembayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir bagi setiap bulan untuk program HiTS  bulan yang berikutnya.

Adik Nurain Izzati Roswandi, pelajar tahun 5 yang merupakan salah seorang pelajar yang menyertai Program HiTS ini amat berpuas hati dengan menu makanan yang disediakan malah beliau tidak perlu bimbang sekiranya terlupa untuk membawa wang saku ke sekolah.

Rata-rata pelajar yang menyertai Program HiTS amat berpuas hati dan berharap program ini terus dapat dilaksanakan.

Tinggalkan komen anda