Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomePulau Pinang

Wanita Juga Mampu Lonjak Ekonomi Negara

By 10 Mac 2019Jun 21st, 2022Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

Georgetown, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Tarikh 8 Mac setiap tahun diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Wanita Antarabangsa bagi menghargai peranan dan pengorbanan wanita. Ia juga mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.Ā  “Balance for Better” merupakan tema untuk sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini.

Tema ini selaras dengan hasrat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memastikan keseimbangan dan kesejahteraan wanita serta memberikan penekanan kepada usaha dan inisiatif untuk mengarusperdanakan kesaksamaanĀ gender.Ā  Kerajaan menyedari bahawa kesaksamaan gender dan pemberdayaan wanita akan memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Perasmian PIHEC ke 10 oleh Y. A. B Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena

Perasmian PIHEC ke 10 oleh Y. A. B Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena

Ini dapat dilihat melalui penglibatan wanita dalam sektor ekonomi negara di mana ia amat penting bagi memastikan setiap wanita mencapai potensi ekonomi dan berdaya saing.

Justeru itu, dalam usaha menggambarkan peranan dan sumbangan wanita yang amat besar dalam meningkatkan ekonomi keluarga dan negara ini, seorang usahawan muda wanita Wan Rohani Binti Wan Majid, 33 tahun telah mengambil peluang berkolaborasi dengan Jabatan Pembangunan Wanita sempena Hari Wanita ini dengan memperkenalkan produk khas Natuwrel keluaran syarikat beliau. Produk dalam bentuk set mini ini merangkumiĀ set penjagaan diri wanita iaitu pencuci badan dan syampuĀ yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja terutama untuk wanita bekerja dan selalu bertugas di luar kawasan.

Menurut beliau, “keunikan set produk ini adalah ia dihasilkan dengan menggunakan sumber kekayaan alam iaitu nenas (ananas comosus). Nenas mengandungi enzim Bromelin iaitu sejenis enzim proteolitik yang selaluĀ didapati daripada bahagian tengah (empulur) nenas”.

Menurut usahawan muda ini lagi, “satu lagi produk unik Natuwrel ini ialah sabun susu yang berasaskan Beras Kedah yang ditanam di daerah Sik. Beras ini diproses untuk mendapatkan ekstraknya.Ā  Hasil daripada ujian makmal yang telah dilakukan oleh pihak SIRIM mendapati Beras Kedah ini sangat bagus untuk melembab, melembut dan sebagai agen anti-penuaan kepada kulit. Campuran daripada Beras Kedah, oat, santan dan minyak kelapa dara telah menghasilkan produk

sabun susu ini”, katanya ketika ditemui di Expo Halal Antarabangsa Pulau Pinang kali ke 10 di Spice Arena, Pulau Pinang baru-baru ini.

 Dato 'Abdul Halim Hussain ketika menyampaikan ucapan Perasmian PIHEC ke-10 di Spice Arena Pulau Pinang

Dato ‘Abdul Halim Hussain ketika menyampaikan ucapan Perasmian PIHEC ke-10 di Spice Arena Pulau Pinang

Atas kegigihan dalam mengembangkan perniagaan dan membangunkan ekonomi, usahawan muda ini telah berjaya memperkenalkanĀ produk Naturwel beliau bukan sahajaĀ  untuk pasaran Malaysia malah produk ini telah berjaya menembusi sempadan pasaran di Brunei dan Singapura.

Melalui platform yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan,Ā PIHEC ke-10Ā dapatĀ  membuka peluang pasaran danĀ  mengeratkan jaringan antara usahawan Malaysia danĀ  antarabangsa sepertiĀ  dari Indonesia, Thailand dan Jepun sertaĀ  perwakilan perdagangan dari Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu (Dubai).

Tinggalkan komen anda