Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Syukur Terselamat Dalam Kebakaran

By 15 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan /Foto : Wan Seman Wan Bedollah (Jeli)

JELI, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Tiada ungkapan selain daripada bersyukur kerana terselamat daripada hampir terperangkap dalam kebakaran tiga buah rumah lama yang berlaku di Blok Tanah Merah, Kampung Air Lanas, di sini pukul lima petang semalam.

Kebakaran tersebut bermula dari rumah yang disewakan, salah sebuah dari tiga rumah lama miliknya yang berada di belakang rumah baharu yang dihuni. Semasa berlaku kebakaran penyewanya keluar berkerja. Kebakaran tersebut melibatkan sebahagian ruang dapur rumah yang dihuni.

Menurut mangsa Makhtar Hassan, 62, ketika kejadian beliau dan isterinya Wan Fauziah Wan Said, 55, berada di dalam rumah dan megetahui mengenai kebakaran tersebut setelah dimaklumkan oleh jiran.

Makhtar Hassan sayu mengenangkan apa yang berlaku

Makhtar Hassan sayu mengenangkan apa yang berlaku

“Pada mulanya, pak cik memberitahu isteri ada terbau asap, isteri cuma memaklumkan tiada ada apa yang terbakar setelah meninjau keluar rumah. Sejurus selepas itu seorang jiran datang memaklumkan tentang kebakaran berlaku di rumah lama yang kami sewakan.

“Alhamdulillah dalam keadaan panik kami selamatkam semua dokumen penting yang berada di dalam rumah, syukur hanya berlaku kerosakan di bahagian dapur sahaja akibat kebakaran tersebut walaupun tiga buah rumah lama habis musnah.” katanya dengan nada sayu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira- kira pukul 5.10 petang sebelum lapan anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Mohd Adni lagi pihaknya mengambil masa kira- kira 15 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah jiran berhampiran.

Operasi memadam kebakaran tersebut turut mendapat kerjasama darpada lima orang Pasukan Bomba Sukarela, tujuh orang Anggota Pertahanan Awam Jeli dan pihak polis. Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda