Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Santai Minda Wadah Penerangan

By 16 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Mohd Anizan Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Sejajar dengan aspirasi kerajaan mempromosi dasar kerajaan, Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu menggerakkan Program Perhimpunan Sivik ‘Santai Minda’ bersama penggiat seni Daerah Kota Bharu.

Program ini menghimpunkan anak seni serta mendekati mereka selain mengangkat moral penggiat seni di daerah ini.

Santai Minda kali ini mengisi pelbagai aktiviti antaranya persembahan tarian, lakonan, sukaneka santai serta nyanyian oleh Artis Tari Jastera Entertainment dan Jastera Kids.

Turut diserikan dengan acara penyampaian sijil kepada ahli Pertubuhan SENITRA JASTERA yang telah berjaya menjadi peserta dalam Program Rekod Nasional, The Malaysia Book Of Records, Longest Non Stop-Musical Performance, Human Achievement, Total Performance Hours : 48 hours. Sijil disampaikan kepada 35 orang ahli yang terlibat.

Yang Dipertua Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) Muhammad Zaidin Yusuf, 50, berkata program ini dapat membina jaringan dua hala antara penggiat seni dan Jabatan Penerangan.

“Ia juga membuktikan bahawa penggiat-penggiat seni tidak dipinggirkan dan diibaratkan sebagai lagu dan irama.

“Program santai dan lebih kepada mengeratkan silaturahim, beramah mesra serta kunjungan mesra perlu dicontohi,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Yang Dipertua, Pertubuhan Kesenian dan Tradisi, Jalinan Anak Seni Teater, Tari dan Sastera Kelantan (SENITRA JASTERA) merangkap Pengurus Syarikat Jastera Entertainment, Mohd Zamani Md Zain, 40, yang lebih dikenali sebagai ‘Jaa Jastera’ berkata amat berbesar hati dengan program Santai Minda yang dapat menterjemahkan hasrat dan dasar kerajaan kepada seluruh warga penggiat seni di negeri ini.

“Di samping membina jaringan kerjasama ia membolehkan penyampaian input dan memahami saranan dasar-dasar kerajaan secara lebih menyeluruh kepada penggiat industri seni,” ujarnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda