Skip to main content
HomeJohor

Pakar Psikologi Bantu Mangsa Serangan Panik

By 17 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Nor Adilah & Mohd Faizal Yaakob/Shaiful Nizal

PASIR GUDANG, 17 Mac – (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Johor telah menempatkan Pegawai Psikologi dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling (PST) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menangani trauma dan kebimbangan mangsa insiden pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Seramai 13 orang pegawai psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat dibantu oleh PST dari pelbagai agensi.

Pasukan ini telah mula bertugas di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang bermula 15 Mac 2019 dan waktu operasi pasukan tersebut adalah dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang, dan 3.00 petang hingga 10.00 malam.

Pegawai Psikologi, Siti Maisara Abd Hamid berkata skop tugasan pasukan ini adalah membantu dari sudut intervensi krisis, kaunseling, bimbingan, psikopendidikan, program, aktiviti dan sokongan psikologikal.

Sukarelawan membantu memakai "face mask" kepada mangsa

Sukarelawan membantu memakai “face mask” kepada mangsa

“Sehingga 2.30 petang hari ini, pegawai psikologi  telah memberi bantuan kepada 275 mangsa yang terlibat,” katanya.

Sebanyak 70 hingga 90 peratus pesakit yang mendapat rawatan awal dikenal pasti mengalami “panic attacts” dan keresahan melampau.

“Sindrom keresahan melampau disebabkan banyak berita palsu yang disebar pihak tidak bertanggungjawab mengenai kes pencemaran sisa kimia berbahaya sehingga menyebabkan ramai penduduk terjejas,” ujarnya.

“Sindrom berkenaan menyebabkan pesakit cemas, bimbang dan panik melampau di samping akan bernafas dengan laju selain sesak nafas,” tambahnya lagi.

Keadaan akan bertambah buruk lagi sekiranya pesakit mempunyai penyakit kronik termasuklah masalah pernafasan seperti asma sehingga boleh menyebabkan gatal di badan dan pening melampau.

EM

Tinggalkan komen anda