Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

PLUS Optimis Cipta Impak Sosial Positif Masyarakat

By 17 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Fasharina Kholil/Kemas Parlimen Sik

SIK, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 25 orang pelajar taman asuhan kanak-kanak (taska) Permata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Hujung Bandar, di sini mendapat manfaat daripada Projek Kemasyarakatan Menaik Taraf Bangunan Taska Permata Kemas menerusi Projek Komuniti PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Majlis penyerahan penyempurnaan projek menaik taraf infrastruktur bangunan Taska Permata Kemas tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail di Masjid Ar-Ridhwan, Kampung Hujung Bandar, di sini baru-baru ini.

Menurut Azman, program kemasyarakatan ini bertepatan dengan matlamat PLUS memberi pengalaman positif dan merupakan pendekatan PLUS untuk menyumbang semula kepada masyarakat, di samping meningkatkan serta melestarikan kualiti hidup komuniti terlibat.

Azman (kiri) berharap agar kemudahan dewan yang dinaik taraf ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Taska Permata ini.

Azman (kiri) berharap agar kemudahan dewan yang dinaik taraf ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar Taska Permata ini.

“PLUS bukan sahaja mahu dikenali sebagai operator lebuh raya tetapi turut dikenali sebagai organisasi yang memberi manfaat dan impak sosial yang positif kepada masyarakat sekeliling.

“Sumbangan PLUS dalam menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di kampung ini diharap dapat memberikan manfaat serta boleh digunakan dengan sebaik-baiknya sesama penduduk yang berada di sekitar kampung ini,” katanya.

Selain Taska Permata, PLUS turut menaik taraf kemudahan infrastruktur lain seperti masjid serta penurapan jalan raya di kampung tersebut.

-SH

Tinggalkan komen anda