Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Air Percuma: B40 Bakal Dapat Tambahan Lima Meter Padu

By 17 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Rakyat Selangor yang tergolong dalam kategori B40 bakal menikmati tambahan lima meter padu menjadikan 25 meter padu air percuma sebulan menjelang Julai nanti.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata jumlah tersebut selaras pengumuman beliau semasa membentangkan belanjawan 2019 pada November tahun lalu.

“Namun buat masa sekarang, air percuma sebanyak 20 meter padu masih diteruskan kerana pelan secara menyeluruh penjajaran tersebut belum siap.

“Sekarang masih lagi kekal dan bagi golongan B40 kita akan naikkan kepada 25 meter padu sebagaimana diumumkan dalam belanjawan 2019 yang belum dapat dilaksanakan lagi,” katanya.

Amirudin (kanan) menyerahkan Insetif Perkahwinan Belia kepada salah seorang penerima semasa Program Santai Bersama Penduduk dan Penyerahan IPR di Kampung Melayu Batu Caves Selatan, semalam.

Amirudin (kanan) menyerahkan Insetif Perkahwinan Belia kepada salah seorang penerima semasa Program Santai Bersama Penduduk dan Penyerahan IPR di Kampung Melayu Batu Caves Selatan, semalam.

Mengulas tentang pensejajaran program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), Menteri Besar memaklumkan ianya akan terus dilaksanakan seperti biasa.

“Jadi IPR terus berjalan dan mulai akhir bulan Mac kita akan tengok secara menyeluruh dalam retreat, kemungkinan dalam pelan yang ditunjukkan samada paling awal ia boleh dilaksanakan bulan Mei.

“Tapi mungkin kita boleh buat bulan Julai secara berperingkat mengikut fasa tertentu kerana kita tidak mahu menarik semua apa yang ada, sebaliknya kita nak selaraskan supaya sistem yang ada lebih berkesan,” jelasnya.

Menurut Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, mekanisma pemberian subsidi telah dibincangkan dua kali dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

“Ianya perlu diperhalusi sebab ada beberapa perkara ambil proses, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah membuat bengkel antara jabatan dan ia akan disemak dalam retreat nanti.

“Sebelum ini kita tidak dapat akses kepada e-kasih, namun dengan kerjasama kerajaan pusat kita akan dapat menyemak data pendapatan setiap warga di negara ini.

“Itu antara perkiraan sedang kita cuba selaraskan disamping merujuk beberapa jabatan untuk melihat tangga gaji dan pendapatan isi rumah bagi memastikan semua itu sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Santai Bersama Penduduk dan Penyerahan IPR di Kampung Melayu Melayu Batu Caves Selatan, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abdul Rahim, pemimpin masyarakat dan Ahli-ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

-NAZ

Tinggalkan komen anda