Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

MAFI Sokong Usaha Pihak Swasta Bangun Sektor Pertanian, Perikanan

By 19 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

PENAMPANG, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah sentiasa menyokong sebarang usaha yang dapat menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dan perikanan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Junz Wong berkata, MAFI menyambut usaha baik pengusaha swasta sebegini kerana dapat membina sebuah pusat penternakan udang kara yang bersistemkan akuaponik yang pertama di Sabah.

Peserta kursus Pengenalan Ternakan Udang Kara Sabah dan Sistem Akuaponik, Jeffren Malaning (kanan) menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Agro Venture, Suhaidy Shuib (tengah).

Peserta kursus Pengenalan Ternakan Udang Kara Sabah dan Sistem Akuaponik, Jeffren Malaning (kanan) menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Agro Venture, Suhaidy Shuib (tengah).

“Saya menyambut baik usaha dalam memperkenal dan memperkasa lagi industri kara dan sistem akuaponik melalui penganjuran kursus penternakan udang kara mengunakan sistem berkenaan.

“Kita berharap lebih ramai individu dan pihak swasta tampil bersama membangunkan sektor perikanan dan pertanian ini.

“Saya percaya petani yang terlibat dalam industri perikanan akan mendapat manfaat dari usaha yang diadakan ini.

“Pendapatan petani juga akan meningkat sekiranya ia dilakukan dengan penuh komitmen serta dapat menumpu kepada kehendak pasaran,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena Perasmian Pusat Penternakan Udang Kara Menggunakan Sistem Akuaponik di Kampung Limbanak, di sini, baru-baru ini.

Beliau berharap usaha sedemikian dapat mengembangkan lagi industri udang kara ini dan seterusnya mengambil peluang yang ada untuk mengeksport hasil udang kara ke luar negara.

EM

Tinggalkan komen anda