Skip to main content
HomeSabah

UMS Adakan Lawatan Ke JaPEN Sabah

By 19 Mac 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yaacob Hamud & Asmidar Zainol/Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 60 penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai program lawatan sambil belajar ke Jabatan Penerangan (JaPEN) Sabah di sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Profesor Datuk Mohd Hamdan Adnan.

Menurut Hamdan, antara tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada penuntut selain memahami fungsi serta peranan JaPEN dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“JaPEN merupakan sebuah jabatan kerajaan yang amat penting dalam memasarkan dasar-dasar negara agar apa yang dirancang oleh kerajaan dapat difahami oleh masyarakat di akar umbi.

Salah seorang penuntut bertanyakan soalan pada lawatan tersebut

Salah seorang penuntut bertanyakan soalan pada lawatan tersebut

“Saya berharap lawatan ini dapat membuka minda penuntut untuk mengetahui peranan JaPEN yang masih relavan sehingga kini walaupun terpaksa bersaing dengan dunia digital,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada lawatan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka juga mengalu-alukan kehadiran para pelajar berkenaan dan berharap penjelasan dan taklimat yang disampaikan dapat mencapai objektif lawatan tersebut.

Menurutnya, sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, JaPEN Sabah sentiasa memperkasakan program-program pemasaran maklumat kepada rakyat khususnya melalui platform media sosial dan program turun padang di negeri ini.

Turut hadir pada lawatan tersebut Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (MKK), Imelda Godon dan KPP Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Patrick Laing Ngau.

EM

 

 

Tinggalkan komen anda