Skip to main content
HomeJohor

Sumbangan Keperluan Harian Bagi Yang Memerlukan

By 20 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Sharifah Alia Syed Nasir

PASIR GUDANG, 20 Mac ( Malaysiaaktif) – Ekoran kejadian insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tempoh hari, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Selain bantuan berbentuk kewangan, barangan keperluan harian dan makan minum turut disalurkan oleh pelbagai pihak yang prihatin tentang bencana tersebut.

Wakil dari Pejabat Daerah Tangkak, Zaharuddin Abu Bakar yang mewakili Pegawai Daerahnya, Mahadon Marnin telah menyampaikan sumbangan yang berbentuk keperluan harian dan sumbangan ini adalah merupakan inisiatif daripada Pegawai Daerah dan semua kakitangan Pejabat Daerah Tangkak dalam melunaskan tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan.

Antara barangan yang telah disumbangkan adalah berupa keperluan harian seperti ubat gigi, pakaian, makanan, minuman dan lain-lain lagi.

Zaharuddin Abu Bakar wakil dari Pejabat Daerah Tangkak ketika di temubual oleh wartawan.

Zaharuddin Abu Bakar wakil dari Pejabat Daerah Tangkak ketika ditemubual oleh wartawan

“Barangan keperluan ini telah dikumpulkan selama seminggu oleh kakitangan kami sebelum dihantar ke bilik gerakan bencana,” kata Zaharuddin ketika menyampaikan sumbangan ini kepada pihak urusetia semalam.

Harapan dari pihak mereka agar bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat.

“Saya berharap agar pemberian ikhlas ini mampu meringankan lagi beban dan kepayahan yang ditanggung oleh mangsa yang terlibat. Hanya ini sahaja yang dapat kami bantu dan semoga bencana ini cepat berakhir,” ujarnya.

Tanggungjawab sosial sebegini merupakan satu usaha mulia yang mampu mewujudkan kesejahteraan komuniti secara keseluruhan selain mencetuskan semangat persaudaraan merentasi agama dan kaum.

EM

Tinggalkan komen anda