Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Jenayah Siber ; Kerjasama Semua Agensi Diperlukan

By 20 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Kormersial (CCID) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tempoh empat bulan (Nov 2018 hingga Februari 2019) terdapat sejumlah 3,597 kes penipuan dilaporkan meliputi pinjaman tidak wujud, tipu panggilan (Macau Scam) dan pembelian dalam talian (E-Dagang) dengan kerugian sebanyak RM109.4 juta dicatatkan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Shakib Ahmad Shakir, berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama-sama jabatan dan agensi di bawahnya akan sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi-agensi lain dalam membanteras jenayah ini.

“Kes tipu panggilan semakin kerap berlaku melibatkan orang awam, termasuk golongan professional sebagai mangsa. Ini menunjukkan bahawa dalang jenayah siber ini sememangnya licik dalam melakukan kerja-kerja mereka.

Kes melibatkan pinjaman tidak wujud sebanyak 54 kes dengan jumlah kerugian mencecah RM395,589 - Shakib.

Kes melibatkan pinjaman tidak wujud sebanyak 54 kes dengan jumlah kerugian mencecah RM395,589 – Shakib.

“Tindakan proaktif daripada pelbagai pihak dalam memberikan pendidikan kesedaran dan intervensi yang lebih berkesan secara holistik dan kolektif perlu lebih dititikberatkan,” katanya semasa merasmikan Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Antipemerdagangan Orang Peringkat Negeri Sarawak, di sini kelmarin.

Shakib turut menjelaskan peranan SKMM dalam menangani segala bentuk cabaran melalui kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai aspek keselamatan ketika melayari internet.

“Jawatankuasa ini bertindak memupuk kesedaran awam mengenai isu pemerdagangan orang melalui media elektronik, media cetak, komunikasi bersemuka, komunikasi visual dan
komunikasi media sosial,” tambahnya.

Menurut Shakib Rekod Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), sepanjang 2018 sejumlah 1,360 kes melibatkan mangsa pemerdangan orang yang ditempatkan di rumah pelindungan. Sebahagian besar kes melibatkan ekploitasi seks dan buruh paksa.

“Sepanjang 2018 Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) merekodkan sejumlah 1,360 kes melibatkan mangsa pemerdagangan orang yang ditempatkan di rumah pelindungan.

“Daripada jumlah berkenaan dua kes paling ramai melibatkan kes ekploitasi seks dan buruh paksa,” ujarnya lagi.

KKMM terlibat dengan kempen Antipemerdagangan Orang sejak 2007 dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai isu pemerdagangan orang.

Selain itu ia menyelaras penyampaian dan penyaluran maklumat pelbagai bentuk dan saluran kepada orang awam.

-SH

Tinggalkan komen anda