Skip to main content
HomeJohor

Pusat Kawalan Operasi Bencana di Menara Aqabah Ditutup

By 20 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Hamisah Sumar/Fuad Abdullah & Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Setelah beroperasi lebih kurang dua minggu, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Menara Aqabah, Pasir Gudang ditutup pada 12.00 tengah hari tadi, di sini.

PKOB di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah dibuka sejak 12 Mac 2019 manakala Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang telah dibuka sejak 14 Mac 2019 yang lalu.

Sehingga 12.00 tengah malam semalam, jumlah pesakit yang telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan  rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) adalah seramai 40 orang manakala seramai lapan pesakit baharu yang telah dirujuk ke hospital setakat 12.00 tengah malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Sahruddin Jamal, menutup secara rasminya Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Sahruddin Jamal, menutup secara rasminya Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Hanya dua pesakit yang masih berada di Unit Rawatan  Rapi (ICU) untuk pemantauan dan pesakit berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Untuk rekod, bermula 17 Mac 2019 lalu sehingga 12 tengah malam semalam, 44 pesakit masih dirawat di hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Sahruddin Jamal, berkata demikian ketika menutup secara rasminya Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang pada 12.00 tengah hari tadi di perkarangan Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Jabatan Penerangan Johor ditugaskan mengawal media sepanjang Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dibuka di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Jabatan Penerangan Johor ditugaskan mengawal media sepanjang Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dibuka di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang

“Walau bagaimanapun, kerja-kerja pemantauan oleh agensi-agensi yang terlibat akan diteruskan mengikut keperluan agensi masing-masing.

“Secara keseluruhannya, kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim sudah kembali pulih namun begitu, orang awam yang merasakan simptom-simtom seperti pedih mata, loya, muntah, sesak dada, sesak nafas dan pening boleh mendapatkan rawatan di hospital atau klinik-klinik kesihatan yang berhampiran”, ujarnya.

“Orang awam dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan aktiviti luar buat sementara waktu dan dinasihatkan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan kediaman dan persekitaran masing-masing,” ujarnya lagi.

Antara agensi yang bertugas di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana ialah Pasukan Polis Di Raja Malaysia

Antara agensi yang bertugas di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana ialah Pasukan Polis Di Raja Malaysia

Selaku wakil kepada kerajaan negeri, Sahruddin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, pasukan keselamatan, anggota kesihatan, institusi pendidikan, pihak swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sukarelawan, para pengamal media, individu perseorangan dan pelbagai lagi pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam kerja-kerja pengurusan bencana ini.

EM

Tinggalkan komen anda