Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlis

13 Kanak-Kanak Bersedia Menjadi Dewasa

By 24 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 24 Mac (Malaysiaktif) – Pelbagai reaksi dapat dilihat pada 13 orang kanak-kanak apabila menanti untuk dikhatankan pada Program Khatan Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena, yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Salang, di sini semalam.

Bagi Muhammad Ridzuan Muhd Razi, 11, dari Sekolah Pendidikan Khas menjelaskan pada mulanya beliau merasa takut tetapi apabila memilihat beberapa orang rakan yang dikenali turut sama dalam program ini, perasaan tersebut terus hilang.

Amin (tengah) menyiram peserta  khatan perdana, di sini semalam.

Amin (tengah) menyiram peserta khatan perdana, di sini semalam.

“Saya bangun awal pagi dan terus ke sini. Pada mulanya merasa bimbang dan takut juga bila mendengar kawan-kawan yang telah berkhatan menceritakan pengalaman mereka di sekolah tetapi dengan nasihat daripada ayah, saya terus memberanikan diri,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena Asrul Nizan Abd Jalil, menjelaskan bahawa ini merupakan program berkhatan pertama yang dianjurkan Pusat Khidmat DUN Sena dan beliau berterima kasih kepada pihak sekolah, bomba dan beberapa orang doktor sukarelawan yang terlibat sama dalam menjayakan program ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kangar Amin Noor Ahmad, memaklumkan bahawa beliau sangat berterima kasih kepada ibu-bapa dan kanak-kanak yang hadir.

“Saya sangat gembira melihat peranan ibu bapa kerana ini juga merupakan satu tanggungjawab dalam sesebuah keluarga kerana selain kita memberi pendidikan duniawi kepada anak-anak kita, kita juga bertanggung jawab sebagai seorang muslim untuk membimbing keluarga kita dalam sudut agama.

“Bagi saya, berkhatan ini merupakan perubahan transisi yang perlu dialami oleh setiap kanak-kanak yang beragama Islam untuk menuju ke alam dewasa dan sebagai seorang muslim kita perlu ada perseimbangan pada perhubungan hidup di dunia dan akhirat,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut.

-SH

Tinggalkan komen anda