Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Anak Muda Perlu Sahut Cabaran Baharu

By 1 April 2019Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/ foto : Sazaki Abdul Rahman/Mohamad Zairin Mohamad Zin

SHAH ALAM, 1 Apr (Malaysiaaktif) – “Sebagai anak muda, kita perlu menyahut cabaran-cabaran baru dan jika kita tidak berani menyahut cabaran tersebut bagaimana kita hendak terus bergerak ke depan,” tegas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika berucap pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pagi tadi.

“Idea untuk menggerakkan konvensyen ini datang daripada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan seperti yang kita tahu Tun Mahathir selalu tekankan betapa pentingnya anak muda untuk memahami dan mendalami sistem nilai murni yang terbaik,” kata Syed Saddiq lagi.

Menurut beliau lagi, tidak bermakna sekiranya mempunyai sebuah struktur atau sistem yang baik tetapi nilai yang diterapkan itu bermasalah.

“Pentingnya untuk anak muda di Malaysia ini diterapkan dengan sistem nilai murni yang terbaik supaya apa jua rintangan yang kita hadapi nanti, kita akan sentiasa berjiwa kental dan apa pun rintangan di hadapan kita, kita mampu untuk menghadapinya,” tambahnya.

Turut hadir sama adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan juga Naib Cancelor UiTM, Prof Dr. Mohd Azraai Kassim.

-NAZ

Tinggalkan komen anda