Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Tindakan Jacinda Arden Wajar Dipuji

By 2 April 2019Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Suhaimi Nik Wil/Zulfadli Abd Hamid (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 2 April (Malaysiaaktif) – Kejadian tembakan pengganas yang berlaku di Masjid Al Noor dan Linwod yang terletak di Christchurch, New Zealand telah mengejutkan dunia dengan insiden yang menyebabkan 50 orang terbunuh termasuk seorang warganegara Malaysia.

Pegerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Permata Dabong, Zaidi Abd.Ghani , 49, berkata pujian harus diberikan kepada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, kerana tindakannya yang hadir semasa sembahyang Jumaat pertama selepas tragedi dan mempertahankan Islam serta penganutnya merupakan satu semangat ke arah kesejahteraan dan kedamaian seluruh umat manusia agar membenci keganasan demi keamanan sejagat.

Pujian harus diberikan kepada Jacinda atas tindakannya sebagi satu semangat ke arah kesejahteraan dan kedamaian seluruh umat manusia - Zaidi

Pujian harus diberikan kepada Jacinda atas tindakannya sebagi satu semangat ke arah kesejahteraan dan kedamaian seluruh umat manusia – Zaidi

“Insiden tembakan tersebut juga mengajar masyarakat dunia bahayanya ekstremisme kumpulan yang dihasut dengan kebencian hingga mencetus islamophobia dalam kalangan orang bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

“Ajaran Islam begitu jelas melarang umatnya melakukan keganasan malah menyeru kepada kebaikan dan berbaik sangka sesama manusia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Zaidi, pendekatan perdana menteri tersebut ketika berdepan dengan insiden tembakan telah membuka mata ramai pemimpin dunia agar tidak memencilkan komuniti Islam di negara mereka.

“Sekiranya dirujuk kepada al-Quran dan hadis-hadis nabi yang menjadi panduan dan pegangan umat Islam, ia sangat menekankan terhadap unsur-unsur berkasih sayang sesama manusia dan menjauhi kezaliman.

“Penganut Islam sewajarnya diberi perlindungan dan diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti keagamaan tanpa diganggu gugat oleh pihak lain dan jaminan ke atas orang Islam dari sudut keselamatan perlu dititikberatkan,” katanya lagi.

Sementara itu, Penaung Persatuan Asnaf Kuala Krai, Wan Azlan Wan Ahmad, 50, pula berkata kerajaan hendaklah mengambil keputusan berani, tegas serta cermat dalam mendepani isu-isu keagamaan di negara ini agar tidak merebak menjadi satu sindrom kebencian.

“Negara kita ini terdapat puluhan etnik manusia yang mengamalkan adat resam, agama serta budaya berbeza, dibimbangi jika tiada pengawalan secara berhemah oleh kerajaan akan mencetuskan insiden keganasan ekstrem agama pada suatu hari nanti.

“Biarlah negara ini berada dalam suasana aman makmur dan kekal sejahtera buat selama-lamanya untuk didiami oleh setiap seorang rakyat tanpa rasa curiga dan sangsi di antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa,” tegasnya kepada Malasiaaktif.

-SH

Tinggalkan komen anda