Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Food Bank Malaysia Memberi Manfaat 45,850 Isi Rumah

By 3 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto : Noor Sazarina Mohd Nor & Mohamad Zairin Mohamad Zin

PANDAN, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata Program Food Bank Malaysia adalah bertujuan mengurangkan pembaziran dan secara tidak langsung berjaya menyelamatkan sebanyak 1,055 tan metrik lebihan makanan.

“Program ini merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat telah memanfaatkan seramai 45,850 anggota isi rumah sehingga Februari lepas,” ujar beliau semasa melancarkan Program Food Bank Malaysia Parlimen Pandan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah pada 31 Mac lepas.

Wan Azizah turut menyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menghubungkan pihak industri merangkumi bukan saja pasaraya malah pengeluar produk makanan, restoran dan hotel dengan rakan strategik Kementerian iaitu Mutiara Food Bank, Food Aid Foundation dan KECHARA Soup Kitchen bagi membantu menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran.

“Program Food Bank di Parlimen Pandan akan digerakkan oleh KECHARA Soup Kitchen dengan kerjasama daripada Pertubuhan Suara Anak Pandan (Voice of Pandan),” kata Wan Azizah lagi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan memgumpulkan bahan makanan dari pasaraya yang terlibat seperti Tesco, Econsave, The Store, NSK dan Segi dan mengagihkannya seminggu sekali kepada kumpulan sasar di kawasan Parlimen Pandan.

Turut hadir sama adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Haji Abdul Wahab Long.

-NAZ

Tinggalkan komen anda