Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Rajin, Berilmu Dan Amanah Teras Mencapai Kejayaan – Tun Mahathir

By 3 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto : Sazaki Abdul Rahman & Mohamad Zairin Mohamad Zin

SHAH ALAM, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan supaya mengamalkan tiga teras utama iaitu kerajinan, berilmu dan juga amanah perlu diterap dalam sesebuah bangsa untuk menempa dan mencapai kejayaan.

“Berbekalkan ilmu dan sifat rajin amat penting sebagai satu kombinasi dan menjadi sebagai pegangan nilai hidup yang akan berikan lebih semangat untuk berjaya dan nilai hidup inilah yang akan tentukan kita berjaya atau tidak,” kata beliau semasa Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia malam tadi.

Perdana Menteri juga mendapati orang yang berjaya adalah orang yang rajin dan sanggup bekerja kuat walaupun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi mereka ini tetap rajin berusaha dan bekerja untuk berjaya.

“Kesungguhan dan usaha yang berulang kali pasti akan membuahkan hasil asalkan tidak melihat soal kegagalan sebagai penghalang kepada sebuah kejayaan,” tegas beliau.

“Dan satu lagi nilai hidup yang penting perlu menjadi pegangan kita adalah amanah. Kita patut berasa malu sekiranya kita gagal melaksanakan sesuatu dan untuk mengelakkan ini, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan tugasan kita itu terlaksana dan kita mesti jayakan apa yang telah ditugaskan kita”, ujar beliau lagi.

Perdana Menteri juga minta generasi muda sekarang ini khususnya kepada mahasiswa-mahasiswi, semai nilai-nilai yang baik ini kerana kejayaan itu bukan untuk diri sendiri saja malahan untuk kaum, bangsa dan negara.

Turut hadir sama adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

-NAZ

Tinggalkan komen anda