Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Perbarisan Persaraan Penuh Istiadat

By 5 April 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Istiadat Perbarisan Persaraan Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Faudzi Haji Ahmad, Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berlangsung di Hanger Cawang Kejuruteraan, Pangkalan Udara Butterworth pagi tadi.

Majlis yang diadakan secara penuh istiadat ini turut dihadiri oleh Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal Abdul Samad, Timbalan Panglima Tentera Udara dan isteri Datin Sri Dato’ Norainy Shahar Alam serta pegawai-pegawai kanan TUDM dan isteri.

Istiadat perbarisan diketuai Mejar Ahmad Ridzuan Mohamad

Istiadat perbarisan diketuai Mejar Ahmad Ridzuan Mohamad

Mejar Ahmad Ridzuan Mohamad TUDM mengetuai perbarisan terdiri daripada 11 Pegawai dan 145 anggota lain-lain pangkat diiringi Pancaragam Akademi Tentera Udara dibawah pimpinan Mejar Mohd Subri Mohamed Isa TUDM sebagai pembuka acara diikuti bacaan doa oleh Kapten Omar Salleh, Pegawai Agama Pangkalan.

Faudzi yang berpengalaman selama 42 tahun dalam perkhidmatan dan 36 tahun dalam TUDM bermula dengan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 7 Januari 1978 sebagai seorang Pegawai dalam Rejimen Artileri diRaja ATM, namun atas sebab minat yang sangat mendalam terhadap dunia penerbangan, beliau membuat keputusan menyertai TUDM pada tahun 1983.

Mohd Faudzi memberi tabik hormat

Mohd Faudzi memberi tabik hormat

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan tertinggi TUDM serta semua pihak yang menjayakan perbarisan selain memberi kata-kata semangat kepada semua anggota untuk terus berbakti kepada negara.

Istiadat diakhiri dengan upacara ‘Send-off’ menggunakan kenderaan rasmi.

Tinggalkan komen anda