Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Terapi Air Bantu Kanak – Kanak Autistik

By 6 April 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Nurazren Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS 5 Apr (Malaysiaaktif) – Sindrom Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Kanak-kanak autistik mungkin kelihatan normal, tetapi cara mereka berkomunikasi, berinteraksi, belajar atau perilakunya mungkin berbeza. Perbezaan dapat dilihat dimana kanak-kanak autistik kelihatan seperti mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri dan mereka tidak peduli kepada orang sekeliling mereka. Mereka perlu untuk bersendirian. Mereka  juga mempunyai masalah komunikasi tanpa verbal. Mereka tidak dapat memahami fikiran dan perasaan orang lain. 

Sebenarnya, masih  tiada rawatan yang boleh merawat simptom terasnya. Meskipun begitu, terdapat rawatan yang boleh membantu menjadikan kehidupan pesakit autistik menjadi lebih baik. Mereka boleh menjadi lebih baik dengan penjagaan yang sempurna. Walaupun autisme merupakan penyakit sepanjang hayat dan tidak boleh disembuhkan, terdapat terapi dan ubat-ubatan yang boleh mengurangkan simptom autisme dan menyokong keupayaan pesakit untuk menjalankan aktiviti seharian.

Sesetengah kanak-kanak boleh menjalani kehidupan seharian tanpa dibantu, tetapi terdapat juga yang memerlukan

TERAPI air antara kaedah terbaharu memberi peluang kanak-kanak penghidap autisme menikmati kehidupan sama seperti kanak-kanak normal lain. Prihatin dengan keperluan kanak-kanak autistik, Pengetua Muslim Swimming and Sports Academy, Jazredal Aboo Bakar mengasaskan program Terapi air : Terapi Spatial (ruang) dan Risiko menggunakan intervansi Aquaphobia bagi merangsang perkembangan otak pelajar autistik. Beliau yang juga Jurulatih Persatuan Kelemasan Malaysia, berkata pengalaman mengajar kemahiran berenang kepada beratus-ratus pelajar normal, membuka keprihatinan beliau untuk melatih kemahiran sama kepada kanak-kanak autistik.

Muhammad Aliff Aiman Bin Mohd Mizan, 16 tahun yang telah berjaya  berenang 2km di Bagan Ajam dalam Penang International Swimming Carnival 2019

Muhammad Aliff Aiman Bin Mohd Mizan, 16 tahun yang telah berjaya berenang 2km di Bagan Ajam dalam Penang International Swimming Carnival 2019

“Pada mulanya saya keberatan melatih anak autistik kerana kurang ilmu, namun keinginan bagi memahami anak autistik ini semakin kuat.

Program latihan dibahagikan kepada dua kategori iaitu pelajar autistik berfungi tinggi (autistik bijak) dan pelajar autistik berfungsi rendah (autistik klasik )

Katanya, intervansi Aquaphobia berupaya mengubah gelombang dan hormon otak pelajar autistik. “Otak manusia berkembang mengikut rentak dan berjadual. Apabila sebahagian otak tidak berkembang mengikut jadual normal, maka ia dikenali sebagai perkembangan tertunda.

” Bagi penghidap autistik, sebahagian kawasan otak memerlukan rangsangan”.

“Air adalah elemen yang tidak memungkinkan seseorang untuk berdiam diri apabila memasukinya. Seseorang harus bergerak bagi terus timbul atau mendayung ke tempat selamat,” katanya lagi ketika ditemui.

Pengetua Muslim Swimming and Sports Academy, Jazredal Aboo bersama keluarga

Pengetua Muslim Swimming and Sports Academy, Jazredal Aboo bersama keluarga

Salah seorang pelajar beliau, Muhammad Aliff Aiman Bin Mohd Mizan, 16 tahun anak sulung dari dua adik beradik. Aiman didiagnosi  Autisme pada 29 April 2007 setelah kedua ibu bapanya mendapati beliau lambat bertutur dan  hiperactive. Kedua ibu bapanya telah memilih Terapi Air bagi menangani masalah austime. Hasil daripadanya Aiman kini sudah mula berkomunikasi terutamanya dengan keluarga dan guru. Beliau juga sudah mula memahami keadaan sekeliling dan mula bertindak balas dengan keadaan.

Antara kejayaan terbesar Aiman dimana beliau berjaya berenang di lautan terbuka dalam pertandingan 1 km di Port Dickson dan pada 31 Mac lepas Aiman telah berjaya menamatkan berenang  2km di Bagan Ajam bagi acara Penang International Swimming Carnival 2019. Perkara ini bukan mudah bagi  anak autisme menghadapi renangan lebih selama 40 minit di laut yg ada obor obor.

Tinggalkan komen anda