Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Cheng Beng Terap Kebersihan dan Persaudaraan

By 7 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

Kota Bharu, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Secara tradisinya masyarakat Cina menterjemahkan ‘Cheng Beng’ sebagai cerah dan terang yang secara signifikan adalah hari upacara memperingati roh nenek moyang yang bermula dengan kerja-kerja membersih kubur serta menghiasnya dengan bahan tradisi kepercayaan dan ritual.

Cheng Beng merupakan perayaan bagi memperingati roh nenek moyang yang telah meninggal dunia.

Upacara ini disambut secara tahunan mengikut ketetapan kalendar tradisi Cina dan merupakan perayaan yang kedua penting bagi masyarakat Cina di Malaysia. Perayaan Cheng Beng bagi tahun 2019 telah disambut pada 5 April 2019.

Upacara memperingati kaum keluarga yang telah meninggal ini disambut dengan menghadiahkan makanan, duit, pembakaran colok serta bacaan ayat-ayat suci agama Buddha kepada roh nenek moyang dan keluarga.

Melaksanakan upacara "Cheng Beng"(Perayaan Membersihkan Tanah Perkuburan Nenek Moyang) masing- masing.

Melaksanakan upacara “Cheng Beng”(Perayaan Membersihkan Tanah Perkuburan Nenek Moyang) masing- masing.

Tempoh sambutan perayaan bermula sepuluh hari sebelum Cheng Beng dan sehari selepas perayaan.

Semasa upacara sembahayang dilakukan kepada roh nenek moyang, cucu cicit mula meletakkan “Gin na”(Duit Putih) dan “Kim Chua” (Duit Emas) di atas tanah pusara tersebut, ia adalah satu simbolik bahawa pusara tersebut telah diziarahi oleh keturunannya.

Fungsi simbolik kedua-dua duit kertas tersebut merupakan duit roh nenek moyang. Kedua-dua duit kertas hanya boleh diletakkan sekali sahaja.

Sekiranya terdapat keturunan yang ingin berbuat demikian, mereka boleh membakar kepada roh nenek moyang sebagai tanda pemberian kepadanya.

Menurut Wee Giok Huai, 61, berkata upacara perayaan ini disambut setiap tahun oleh masyarakat Cina bagi menguatkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli keluarga itu sendiri.

Setiap ahli keluarga tidak kira yang dekat maupun yang jauh pasti pulang menyambut perayaan ini.

Manakala menurut Jenny Chu, 53, berkata perayaan Cheng Beng turut menyumbang kepada pusingan tunai yang aktif kerana setiap kaum Cina tidak kira miskin maupun kaya, pastinya akan mendapatkan pelbagai keperluan seperti buah-buahan, barangan basah serta kering, manisan, wang kertas, colok dan sebagainya untuk melakukan upacara sembahyang ini.

Menurut Setiausaha Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Chu Yew Liang, 55, pula berpendapat kepelbagaian budaya serta adat resam masyarakat majmuk di negara ini begitu unik untuk diterjemahkan kepada masyarakat di luar sana.” ujarnya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda