Skip to main content
HomeMelaka

Belia Perkukuhkan Jati Diri Melalui Aktiviti Mendaki Gunung

By 8 April 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Mastika Hablum, Mohd Nurullail A Rahman (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Beriadah berkonsepkan mendaki gunung bukan sahaja menjadi trend rakyat Malaysia kini, tetapi pendekatan aktiviti secara santai dengan mempraktikkan amalan gaya hidup yang sihat di samping menikmati keindahan flora dan fauna.

Mengambil tanggunjawab sosial, Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Alor Gajah telah menganjurkan Ekspedisi Mendaki Gunung Datuk, Rembau dengan melibatkan 40 peserta terdiri dari golongan belia yang mewakili Persatuan Pengakap dan Gerakan Belia 4B Daerah Alor Gajah.

Misi pendakian ini bertujuan membentuk jati diri peserta supaya boleh diperkukuhkan dari mula hingga akhir pendakian. Bagi mereka yang baru kali pertama menyertainya memang menguji daya tahan serta kemampuan diri sejauh mana bole bertahan dari segi stamina dan juga kesabaran.

Mohd Suhairy Sazali memberi taklimat keselamatan kepada peserta pendakian.

Mohd Suhairy Sazali memberi taklimat keselamatan kepada peserta pendakian.

Menurut Mohd Suhairy Sazali,
30, yang bertanggungjawab mengetuai ekspedisi ini kita harus bergerak dalam kumpulan, pastikan semuanya ambil perhatian antara satu sama lain dan bantu hingga berjaya merentasi halangan hingga ke puncak.

“Kepuasannya apabila anda semua berjaya hingga ke puncak dan menikmati keindahan alam semulajadi dari ketinggian 855 meter dari aras laut, hilang segala kepenatan dan keletihan mendaki sejak awal pagi, ujarnya yang telah berpengalaman mendaki lebih 20 gunung dan bukit di Malaysia.

“Digigit lebah itu biasa selain dari pacat yang terdapat di dalam hutan, namun anda semua harus tahu semua serangga adalah fauna yg harus dikekalnya habitatnya”, ujarnya.

Peserta berjaya menawan puncak gunung Datuk Rembau

Peserta berjaya menawan puncak gunung Datuk Rembau

Program ini berjaya menarik perhatian belia dan perkongsian maklumat mengenai kempen Jabatan Penerangan Malaysia terus disebarkan secara bersemuka kepada golongan ini.

EM

Tinggalkan komen anda